Pelik: Buaya Diberi Makanan Vegetarian Di Zimbabwe

Pelik: Buaya Diberi Makanan Vegetarian Di Zimbabwe

Pelik: Buaya Diberi Makanan Vegetarian Di Zimbabwe | Buaya adalah antara haiwan pemangsa yang paling digeruni di Afrika, merupakan reptilia ganas yang sering mengoyak mangsa menjadi cebisan sebelum menelan daging mantah tersebut.

Tetapi lain pula kisahnya di Nyanyana, ladang ternakan buaya berhampiran tasik Kariba, Zimbabwe, waktu makan merupakan suatu situasi yang  tenang apabila haiwan ganas tersebut mengunyah malas pelet makanan yang diperbuat daripada sayuran.

Selain lebih murah daripada daging, makanan tersebut yang mengandungi pati protin, pelbagai mineral dan vitamin, jagung dan air dikatakan mampu menambahbaikkan kulit buaya yang bakal digunakan dalam pembuatan beg tangan atau kasut di pentas-pentas peragaan New York, Paris, London atau Milan.

“Kami tidak lagi memberi makan daging kepada buaya-buaya di sini,” kata Oliver Kamundimu, pengarah kewangan sebuah ladang ternakan yang dimiliki oleh Padenga Holdings. “Ia sebenarnya meningkatkan lagi kualiti kerana kami sekarang mengambil kira segala nutrisi yang kami masukkan ke dalam makanan, yang mana buaya mungkin tidak akan dapat daripada daging sahaja,” katanya kepada Reuters.

Terletak empat ratus kilometer dari utara selatan Harare, Nyanyana merupakan rumah kepada 50,000 buaya Nile dan merupakan salah satu daripada tiga ladang yang dimilki Padenga Holdings sekitar Kariba, tasik buatan manusia yang terbesar di Afrika.

Pelik: Buaya Diberi Makanan Vegetarian Di Zimbabwe

Syarikat tersebut mempunyai 164,000 ekor buaya dalam pelbagai jenis dan mula memberi makan pelet sayuran pada tahun 2006 apabila Zimbabwe sedang berhadapan krisis kewangan yang teruk yang menjadikan bekalan daging sangat terhad dan mahal.

Pada mulanya, pelet tersebut mengadungi 50 peratus daging tetapi kemudiannya sedikit demi sedikit dikurangkan sehinggalah menjadi makanan vegetarian sepenuhnya. “Operasi memberi makan menjadi lebih mudah dan bersih dan kesemua buaya mendapat segala nutrisi yang diperlukan daripada pelet tersebut,” tambahnya lagi.

Diberi makan dua hari sekali, buaya-buaya jinak tersebut terbaring tidur di kandang mereka ketika pekerja melakukan kerja-kerja pembersihan kandang. Buaya akan disembelih apabila berusia 30 bulan, ketika ianya mencapai panjang sekitar 1.5 meter dan berkulit lembut dan halus

Pelik: Buaya Diberi Makanan Vegetarian Di Zimbabwe

Victoria Beckham: Antara selebriti yang menggemari beg tangan dari kulit buaya

Tahun lepas sahaja syarikat tersebut telah menjual sebanyak 42,000 keping kulit buaya kepada pusat pemprosesan kulit bintang sekitar Eropah, terutamnya Perancis. 90 peratus daripada kulit tersebut akan dijadikan beg tangan, kata Kamundimu, manakala yang selebihnya akan dijadikan tali pinggang, kasut dan tali jam tangan untuk nama-nama besar dalam industri fesyen. “Saya bercakap tentang jenama-jenama terkemuka seperti Hermes, Louis Vuitton dan Gucci,” katanya sambil tersenyum puas.

Walaupun selera terhadap daging buaya tidak begitu memeberangsangkan di Eropah dan Asia ekoran kegawatan ekonomi sekitar tahun 2008, golongan kaya raya Eropah tidak menghiraukannya dan masih lagi menggemari barangan kulit buaya, kata Kamundimu. “Apabila anda melihat mereka membelikan beg tangan untuk isteri-isteri atau anak-anak yang berharga $40,000 setiap satu, walaupun dalam kegawatan ekonomi, kami rasa kami tak akan gulung tikar,” katanya.

Humangaiii, $40,000 untuk sebiji beg tangan? Sedekah separuh dari duit tu ke Zyra, dapat jugak buat belanja kawen, hehehee :p

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments