Innalillah. Pelatih PLKN Kem Pinggiran Putra Meninggal Dunia

image2.jpg

Innalillah. Pelatih PLKN Kem Pinggiran Putra Meninggal Dunia | KUANTAN – Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah, mati di Hospital Muadzam Shah, selepas ditemui rakannya dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik air, kira-kira jam 12.04 tengah malam semalam.

Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, dari Kerdau, Temerloh dijumpai seorang rakannya dalam keadaan terbaring sebelum memanggil ketua komandan kem yang kemudiannya menghantar mangsa ke Hospital Muadzam Shah sebelum disahkan meninggal dunia.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Jabatan Latihan Khidmat Negara, Rozainor Ramli, ketika dihubungi Bernama berkata punca kematian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Supt Johari Yahaya yang mengesahkan kematian pelatih tersebut berkata mayat pelatih berkenaan masih dibedah siasat di Hospital Muadzam Shah.

“Polis masih menunggu laporan bedah siasat yang dijangka selesai petang nanti,” kata Johari. – Bernama

Sumber

Apa-apa pon sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan mendoakan semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Takziah kepada keluarga Allahyarham.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

One thought on “Innalillah. Pelatih PLKN Kem Pinggiran Putra Meninggal Dunia”

  1. kucinghitam says:

    innalillah doakan yg terbaik allahyarha
    kucinghitam recently posted…CHIN PENG ALLAHYARHAM KA MENDIANG?!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge