Pelancong Jerman Maut Jatuh Gunung Kinabalu

Pelancong Jerman Maut Jatuh Gunung Kinabalu, Punca Pelancong Wanita Jerman Jatu Dari Puncak Gunung Kinabalu, Pelancong German Jatuh Gunung Kinabalu

Pelancong Jerman Maut Jatuh Gunung Kinabalu | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca. Berita ini sangat menggemparkan dimana seorang pelancong wanita dari negara Jerman maut apabila terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu. Ikuti berita lanjut!

KOTA KINABALU: Seorang pelancong wanita warga Jerman maut selepas terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut, dekat sini hari ini.

Mangsa bersama rakan-rakannya difahamkan sedang menunggu matahari terbit di puncak gunung yang tertinggi di Malaysia pada kejadian kira-kira jam 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Abdul Rahman Kassim, ketika mengesahkan perkara itu berkata setakat ini pihaknya belum mendapat maklumat lanjut berkenaan mangsa, termasuk nama.

“Usaha untuk membawa turun mayat sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat,” katanya ketika dihubungi.

Gunung Kinabalu adalah gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara.

– BERNAMA

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments