Pelajar Didenda Kerana Mengajak Ratu Cantik Ke Majlis Prom

nina davuluri

Pelajar Didenda Kerana Mengajak Ratu Cantik Ke Majlis Prom | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Majlis prom adalah perkara biasa di Barat di mana pada hari itu pelajar dibenarkan membawa pasangan ke majlis sempena tamat pembelajaran. Namun begitu, seorang pelajar ini membuat kelainan apabila berani mengajak Ratu Amerika 2014 sebagai pasangannya.

Teacher Muja terkejut juga dengan keberaniannya. Siapa yang dapat menyangka seorang pelajar sekolah tinggi seberani itu mengajak seorang pemenang pertandingan ratu cantik untuk menjadi pasangan di majlis prom. Agak aneh dan jarang-jarang berlaku.

New York- Seorang pelajar sekolah tinggi di Pennsylvania berada dalam masalah apabila berani mengajak Miss Amerika ke majlis promnya semasa sesi soal jawab di sekolahnya. Farves yang berusia 18 tahun itu memberitahu yang dia digantung persekolahan selama 3 hari kerana mengajak Nina Davuluri ke majlis prom.

nina davuluri

Senior dari Sekolah Tinggi Central York itu bangun dan mengemukakan soalan mengenai majlis prom itu dan terus berjalan ke pentas dengan sekuntum bunga plastik. Davuluri hanya ketawa dan pelajar lain mula bersorak. Kalau kamu berada di tempat Davuluri, apakah reaksi kamu apabila menerima sekuntum bunga plastik daripada seorang pelajar sekolah tinggi?

Pegawai sekolahnya telah mengetahui rancangan Farves sebelum majlis itu berlangsung dan telah memberi amaran kepadanya untuk tidak melakukannya. Dia telah memohon maaf kerana mengganggu perjalanan majlis.

Pihak sekolah berkata, pelajar dikenakan tindakan disiplin apabila melanggar peraturan sekolah dan peristiwa itu juga tidak terkecuali. Davuluri datang ke sekolah tersebut untuk bercakap mengenai kepelbagaian dan kepentingan Sains, teknologi, kejuruteraan dan pengajian Matematik.

Bagi Teacher Muja, bagus bagi seorang pelajar untuk mempunyai keyakinan dan keberanian diri yang tinggi, tetapi ia haruslah digunakan untuk tujuan yang betul. Pelajar yang baik dan bijak harus pandai menggunakan kelebihan yang ada dan mengikut arahan daripada pihak sekolah.

Mungkin pelajar ini terlalu meminati Ratu Amerika yang sangat cantik dan jelita ini menyebabkan dia nekad mengajaknya ke majlis prom. Atau mungkin dia sekadar mahu membuat kelainan di majlis prom itu.

Wassalaam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments