10 Pekerjaan Paling Bahaya Di Dunia

polis-rusuhan.jpg

10 Pekerjaan Paling Bahaya Di Dunia | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Orang ramai selalu menganggap yang perkerjaan merekalah yang paling susah untuk dilakukan di dunia dan merupakan pekerjaan paling teruk padahal tak semestinya begitu.

Teacher Muja yakin yang mereka yang bekerja dalam pejabat akan berasa sangat bersyukur dengan pekerjaan yang dimiliki apabila habis membaca artikel ini kerana mereka tidak akan mengenal erti kesengsaraan dalam pekerjaan sebenar seperti pekerja-pekerja di bawah ini.

Skuad Penghapus Bom

skuad penghapus bom

Mereka yang diamanahkan untuk melakukan tugas sebagai skuad penghapus bom wajib mempunyai skil yang tinggi dan sangat terlatih. Kebolehan untuk bekerja di bawah tekanan tinggi adalah satu kemestian! Mereka mengambil masa selama setahun latihan untuk membolehkan mereka layak berada dalam skuad penghapus bom dan ancama untuk kehilangan nyawa sendiri adalah satu perkara biasa.

Pekerja Pelantar Minyak

pekeja pelantar minyak

Pekerjaan yang dilakukan di pelantar minyak adalah pekerjaan buruh intensif yang akan memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang hebat. Gaji dikira berpandukan masa bekerja dan seseorang pekerja boleh memulakan pekerjaan sebagai pekerja di pelantar minyak dari peringkat bawah dan akan meningkat ke peringkat yang lebih tinggi berdasarkan prestasi.

Bomba dan Penyelamat

bomba dan penyelamat

Sekarang, seorang bomba dan anggota penyelamat menjadi seperti seorang hero, tetapi menjadinya memerlukan kekuatan mental, fizikal dan kerjasama dalam pasukan. Situasi kecemasan memerlukan seseorang sentiasa peka dengan setiap keadaan. Pekerjaan ini sangat berisiko dan membabitkan nyawa. Ramai yang berhenti setelah beberapa tahun terlibat dengan operasi menyelamat ini.

Angkasawan

angkasawan

Angkasawan bekerja dalam suasana kerja yang sangat susah dijumpai dalam pekerjaan lain. Untuk menjadi seorang angkasawan, banyak masa diperlukan dalam bilik dengan persekitaran terkawal, bilik simulasi, dan kelas. Apabila mereka tidak berada di sana, mereka akan melakukan latihan untuk kekuatan fizikal. Kadang-kadang, mereka bekerja sehingga 100 jam seminggu. Fuh!

Polis Rusuhan

polis rusuhan

Polis rusuhan dilatih di bawah beberapa jabatan Polis untuk membantu mengawal rusuhan yang melampau. Terdapat beberapa aktiviti yang dilakukan untuk memeriksa aktiviti keganasan dan mereka berlatih untuk mengguna beberapa alat seperti kenderaan tentera, mercun air, pistol kejutan elektrik dan gas pemedih mata.

Penangkap Ketam

penangkap ketam

Menangkap ketam di Alaska adalah salah satu pekerjaan paling berbahaya di dunia apabila ia adalah salah satu pekerjaan yang mencatatkan angka kematian paling ramai sehingga hari ini. Penangkap ketam terpaksa bekerja dalam keadaan cuaca yang ekstreme dan pendapatan mereka adalah bergantung kepada dapatan sepanjang tahun.

Construction Site Labor

buruh kawasan pembinaan

Pendapatan bagi pekerjaan sebagai buruh kawasan pembinaan adalah pendapatan harian dan seperti juga penangkap ketam, mereka terpaksa bekerja dalam keadaan cuaca ekstreme untuk menyiapkan sesuatu binaan mengikut masa yang ditetapkan. Walaupun cuaca sangat panas pada musim panas atau sejuk hingga ke tulang sum sum pada musim sejuk, mereka terpaksa meneruskan juga.

Pekerja Penyelenggaran Bangunan

pencuci bangunan

Pernah tak korang tengok manusia yang bergantungan di bangunan-bangunan tinggi, mencuci tingkap dan sebagainya? Merekalah pekerja penyelenggaran bangunan. Walaupun ciri-ciri keselamatan mereka sangat dititikberatkan dan diikuti dengan ketat serta peluang tipis sangat untuk salah, tapi jika berlaku kesalahan itu, nyawa menjadi taruhan!

Juruterbang Percubaan

juruterbang

Pekerjaan ini bukanlah untuk orang yang baru bermula. Juruterbang percubaan adalah mereka yang sangat terlatih dalam bidang penerbangan dan kejuruteraan aeronautik. Tugas utama mereka adalah untuk melakukan penerbangan percubaan bertujuan untuk kajian dan pembangunan!

Pekerja Pembetungan

pekerja pembetungan

Pernah tak korang tengok filem dengan pekerja pembetungan yang menakutkan? Sesungguhnya, seseorang memerlukan telinga kebal dan ego yang rendah untuk masuk ke sistem pembetungan dan menghadap segala macam najis dan bersedia dengan penyakit yang berkemungkinan besar akan dihidapi. Pastinya pekerjaan yang sangat tidak selesa!

Menakutkan bukan? Jadi, walaubagaimana perit pun hidup kita, walaubagaimana penat pun kerja yang kita lakukan, ingatlah yang masih ramai yang hidup mereka lebih perit dan lebih penat daripada kita. Syukur kita masih hidup dengan aman dan bukannya menjadikan kesyukuran itu barang mainan dan ejekan. Wallahu a’lam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

One thought on “10 Pekerjaan Paling Bahaya Di Dunia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge