Patung Watak Filem The Hobbit Dikait Yang Menakjubkan

knitted hobbit

Patung Watak Filem The Hobbit Dikait Yang Menakjubkan | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja mengaku yang Teacher Muja sendiri tidak pernah menonton cerita The Hobbit ni, tetapi hasil kerja seorang nenek ini sangat menakjubkan untuk dikongsi dengan semua.

Orang kenit, naga atau ahli sihir, tiada yang menjadi “impian yang keterlaluan” untuk nenek ini, yang telah mengait berdozen dozen patung watak filem trilogi The Hobbit yang sangat menakjubkan.

Gambar yang dipos ke akaun Twitter Denis telah memperlihatkan hasil kerjanya dipuji oleh bintang The Hobbit, Graham Mc Tavish dan Stephen Hunter. Kerjanya berkembang lagi apabila beliau juga mengait bekas presiden Amerika, President Abraham Lincoln dan pelakon Audrey Hepburn.

Selepas berhenti merajut semasa usianya masih belasan tahun, nenek kepada seorang cucu ini digalakkan untuk menyambungnya lagi untuk menghasilkan 150 hadiah untuk para tetamu semasa perkahwinan anak perempuannya, Lisa.

Dengan peristiwa inilah Denise berminat semula untuk mengait watak-watak The Hobbit dan beliau tidak lagi berpaling ke belakang sekarang.

Setiap manusia ada bakat dan minat masing-masing. Yang penting kita perlu mencari apa keistimewaan yang ada pada diri kita. Jangan terlalu merendah diri walaupun berbangga diri juga tidak baik. Wassalaam.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments