Patung Lilin Paling Buruk Di Dunia Dibeli Oleh Pembeli Misteri

patung-lilin-David-Beckham-1411061.jpg

Patung Lilin Paling Buruk Di Dunia Dibeli Oleh Pembeli Misteri | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja selalu berasa kagus dengan hasil kerja patung lilin. Teacher Muja dapat merasakan bahawa mereka yang terlibat dengan penghasilan patung lilin adalah seorang manusia yang sangat kreatif. Hebat! Bagaimana patung lilin boleh betul-betul menyerupai manusia yang diwakilinya?

Namun begitu, ternyata keindahan hasil kerja patung lilin tidak berkekalan kerana bahan yang membuatnya. Apabila sampai suatu masa, mereka akan berubah dan tidak lagi menyerupai bentuk seorang manusia. Contoh jelas boleh dilihat di bawah. Patung lilin paling buruk di dunia yang sanggup dibeli oleh seorang pembeli misteri.

patung lilin paling teruk

patung lilin puteri diana

patung lilin putera william

patung lilin putera charles

patung lilin tak menjadi michael owen

patung lilin michael jackson

patung lilin michael barrymore

patung lilin gary lineker

patung lilin david beckham

patung lilin victoria beckham

Sesiapa sahaja yang membeli patung lilin yang sangat buruk ini mungkin sedang menderita krisis identiti.

Koleksi patung lilin paling buruk di dunia ini telah direbut oleh seorang pembeli misteri dari Czech Republic, setelah hanya setahun selepas ia ditutup kerana terlalu banyak ejekan yang diterima.

150 model patung lilin Jane dan Peter Hayes yang menelan belanja sehingga £1,000, dipersendakan dengan teruk kerana mereka kelihatan sangat berbeza dengan manusia yang diwakili olehnya.

Ramai pelancong hanya membayar £5 bayaran masuk untuk memerli hasil kerja daripada lilin itu, termasuklah selebriti, bintang sukan dan keluarga Diraja.

Jane, 83, yang masih hidup di atas bekas tarikan di Great Yarmouth, Norfolk, dengan Peter yang berusia 86 tahun berkata;”Semua model, mesin dan bingkai dijual dengan sekali harung.”

“Saya tidak begitu mengenali lelaki itu tetapi dia mengambil semuanya. Kami terpaksa meninggalkan bangunan itu kerana kami tidak mampu membayar £7,500 setahun untuk kadar perniagaan.”

“Kami tidak bercadang untuk berpindah dan kami sangat merindukan perniagaan itu. Tetapi saya dan suami saya sakit dan merasakan yang ianya bodoh untuk diteruskan.”

“Kami mengalami banyak tekanan dan saya berasa sedikit jengkel apabila orang tempatan tidak bersama kami lebih lama.”

Bangunan dari abad ke 19 yang menempatkan Louis Tussauds House of Wax, yang dinamakan sempena cucu lelaki Madame Tussauds, dijual pada harga £375,000.

Peter yang menguruskan muzium itu selama 57 tahun, mengakui pada tahun 2008, model menjadi tua dan tidak lagi kelihatan seperti hidup.

Para pelawat susah mengecam patung lilin Putera Charles, The Queen, Cliff Richard, Sean Connery dan The Beatles. Muzium tersebut ditutup pada bulan Oktober, 2012.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “Patung Lilin Paling Buruk Di Dunia Dibeli Oleh Pembeli Misteri”

  1. kucinghitam says:

    memang buruk buang duit ja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge