Pasangan Kembar Siam Dari India Melekat Di Perut

kembar seperti lelabah

Pasangan Kembar Siam dari India Melekat Di Perut | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Biasalah kalau perempuan di usia Teacher Muja ini bercakap pasal anak dan ramai pula yang mengharapkan untuk mendapat anak kembar. Bagi Teacher Muja sendiri, ia satu cabaran yang hebat bagi ibu bapa kepada pasangan kembar, apatah lagi bagi kembar siam.

Kembar siam Shivanath dan Shivram Sahu telah menemukan cara yang agak unik untuk ke sekolah- menjatuhkan diri ke tanah dan berlari seperti labah-labah. Kanak-kanak berusia 12 tahun ini dilahirkan bercantum di bahagian pinggang, berkongsi dua kaki dan 4 tangan dan bekerjasama seiring untuk bergerak.

kembar seperti lelabah

Duo ini telah mengejutkan para doktor dengan kemampuan mereka untuk membasuh, memakai pakaian dan makan sendiri dan mereka menyatakan yang pasangan kembar itu tidak ditakdirkan untuk berpisah. Shivram berkata, “Kami tidak berhasrat untuk berpisah. Kami akan kekal begini sehingga kami tua. Kami mahu hidup seperti kami sekarang.”

Pasangan ini dilahirkan di sebuah kampung kecil berdekatan dengan Raipur di tengah India. Kehadiran mereka telah menyebabkan kekecohan apabila terdapat orang kampung yang menyembah mereka dengan menganggap mereka sebagai kelahiran semula yang suci. Seorang doktor tempatan memberitahu keluarga itu yang mereka dilahirkan sihat tetapi dia tidak boleh memisahkan mereka. Mereka dipercayai berkongsi perut yang sama tetapi mempunyai hati, jantung dan otak masing-masing.

pasangan kembar siam india

Dengan latihan, mereka mampu melakukan kerja-kerja rumah termasuklah mandi, makan, berpakaian dan menyikat rambut masing-masing. Mereka mampu untuk berjalan menuruni tangga rumah mereka yang mempunyai dua aras berbeza dan berlari di atas 6 anggota badan untuk bermain kriket dan permainan lain dengan anak-anak di kejiranan mereka. Shivanath yang sedikit lemah di antara mereka berkata, “Kami telah mengajar diri sendiri semuanya. Kami mengayuh basikal ke sekolah dan bermain kriket bukanlah satu masalah.”

Mereka juga pelajar yang pintar dan merupakan dalam kalangan pelajar hebat di sekolah tempatan, sememangnya membuatkan ayah mereka, Raj Kumar, 45 berasa bangga. Buruh yang berkahwin dengan Srimati dan mempunyai 5 orang anak perempuan ini sangat menjaga anak lelakinya dan tidak membenarkan anaknya itu meninggalkan kampung.

Katanya,”Bagi orang lain, ianya menyeronokkan melihat anak-anak saya, tetapi hanya saya yang memahami segala masalah yang mereka hadapi. Semasa musim hujan, mereka sukar bergerak dan apabila seorang ingin duduk, seorang lagi terpaksa berbaring. Tetapi mereka tidak bergaduh. Mereka mempunyai pendapat yang sama dan apabila seorang ingin bermain, seorang lagi akan bersetuju.”

pasangan kembar dari India

Ayah kepada 7 orang anak ini berkata yang dia tidak akan membenarkan doktor memisahkan mereka walaupun dia mempunyai duit dan pembedahan boleh dilakukan. Dia menambah lagi,”Tuhan telah mencipta mereka sebegini jadi mereka berjalan seperti mereka berjalan. Mereka akan kekal sebegini. Saya tidak mahu yang lain. Walaupun doktor berkata begitu, saya tidak mahu anak-anak saya dipisahkan. Saya tidak berminat dengan wang. Saya yang bekerja keras untuk memelihara mereka. Saya tidak memerlukan sebarang pertolongan.”

Kembar siam berlaku apabila zigot, sel permulaan yang terhasil daripada hubungan kelamin, gagal untuk berkembang dengan sempurna. Dianggarkan, perkara ini hanya terjadi sebanyak 1 dalam setiap 50 000 kelahiran, dan hanya 1 peratus yang berjaya hidup sehingga hari lahir pertamanya dan 2 pertiga daripadanya meninggal pada saat kelahiran.

Gambar pasangan kembar siam ini telah ditunjukkan kepada Dr Krishan Chugh, ketua pediatrik di Institut Kajian Memorial Fortis di Gurgaon, berdekatan dengan Delhi. Beliau percaya yang pasangan kembar ini boleh dipisahkan tetapi dengan kesan yang agak drastik bagi Shivanath kerana dia akan hidup tanpa kaki dan memerlukan perhatian dan jagaan sepenuh masa. Shivram pula boleh mempunyai kedua-dua kaki dan memulakan kehidupan normal. Kos pembedahan pula sangat tinggi dan memerlukan proses pemulihan yang panjang secara fizikal dan psikologikal.

“Pembedahan ini boleh dilakukan tetapi timbul persoalan sama ada kita patut lakukannya atau tidak. Apa yang kita akan dapat dan apa yang kita akan hilang? Apa yang keluarga itu mahukan, bagaimana penerimaan orang ramai dan yang paling penting, bagaimana penerimaan kanak-kanak itu sendiri? Mereka kelihatan telah menyesuaikan diri dengan baik daripada gambar itu dan organ juga berfungsi dengan baik.

“Mereka mempunyai dua otak berbeza, dua jantung berbeza dan dua hati berbeza. Setakat ini berdasarkan kehidupan fizikal, mereka boleh meneruskan seperti sekarang. Mereka kelihatan cukup bijak untuk mula memikirkan untuk berdikari dari segi kewangan, ekonomi dan fizikal. Mereka juga mungkin boleh berkahwin. Terdapat banyak kes direkodkan di mana perkara ini berlaku di mana kembar siam berkahwin dan mendapat 21 orang anak.”

Sementara pasangan kembar ini dan bapa mereka berkeras tidak mahu memisahkan mereka, Dr Chugh percaya yang mereka akan berubah mengikut masa. Beliau menambah,”Mereka sekarang dua belas tahun dan mereka mesti melihat orang lain berlari sebagai seorang individu dan berpisah secara mental dan fizikal. Sebanyak mana mereka bermotivasi untuk menjadi seperti orang lain sebanyak itulah kami akan mencuba dan membantu.”

Kes Shivanath dan Shivram menunjukkan ciri-ciri seperti kembar siam popular Ganga dan Jamuna Mondal dari Bengal Barat, India. Ganga dan Jamuna menyara hidup dengan membuat persembahan sebagai Adik-beradik Labah-labah di Sarkas Dreamland, dengan bayaran £26 untuk satu malam. Pasangan ini dipercayai sekarang di usia pertengahan 40-an dan berkahwin dengan seorang pekerja karnival bernama Gadadhar.

Melihatkan kegigihan mereka hidup dalam keadaan yang sangat berbeza dengan kehidupan kita sudah membimbangkan dan boleh dikatakan menggerunkan, apatah lagi mereka sendiri yang merasainya. Jadi sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang ada kerana di luar sana masih ramai yang lebih susah daripada kita.

Wassalaam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments