Pasangan Blogger Lucah Alvin Vivian Akan Hadir Di Bukit Aman

alvin-tan-vivian-lee.jpg

Pasangan Blogger Lucah Alvin Vivian Akan Hadir Di Bukit Aman | Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee akan hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dalam masa terdekat bagi membantu siasatan polis berhubung gambar yang mempersenda Ramadan di Facebook mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata pasangan blogger lucah itu akan hadir bersama peguam mereka.

“Mereka hanya memaklumkan kepada polis untuk serah diri di Bukit Aman, namun cubaan anggota kami untuk menghubungi mereka gagal,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Pasangan berkenaan mempersenda Ramadan apabila memuat naik gambar sedang makan hidangan khinzir, Bak Kut Teh, berserta kapsyen dan logo halal yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial facebook baru-baru ini.

Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan pasangan itu agar tampil menyerah diri bagi membantu siasatan polis. – Bernama

Malaysia Kini

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “Pasangan Blogger Lucah Alvin Vivian Akan Hadir Di Bukit Aman”

  1. kisah Si Dairy says:

    berfikir dulu sebelum bertindak..

  2. makan tak lalu, tidur tak lena.. blog lucah pun gamaknya tak berupdate la lepas ni kan?? Ada feel lagi ke nak ehem.. hem.. Ni contoh perbuatan yang tak guna bontot bila fikir. Tu la asyik fikir seks jer.. sampai tak boleh fikir dah benda lain bila nak buat sesuatu. Dia fikir kontroversi tu just buat dia jadi terkenal je kot macam kontroversi blog lucah dia..
    lekatlekitgurl recently posted…SYURGA BUKAN UNTUK ORANG TUAMy Profile

  3. makan tak lalu, tidur tak lena.. blog lucah pun gamaknya tak berupdate la lepas ni kan?? Ada feel lagi ke nak ehem.. hem.. Ni contoh perbuatan yang guna bontot bila fikir. Tu la asyik fikir seks jer.. sampai tak boleh fikir dah benda lain bila nak buat sesuatu. Dia fikir kontroversi tu just buat dia jadi terkenal je kot macam kontroversi blog lucah dia..
    lekatlekitgurl recently posted…SYURGA BUKAN UNTUK ORANG TUAMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge