Pasangan Alvin Tan Dan Vivian Lee Dipenjarakan

pasangan-alvin-tan-dan-vivian-lee-dipenjarakan.jpg

Pasangan Alvin Tan Dan Vivian Lee Dipenjarakan | Nampaknya satu tindakan tegas diambil oleh Mahkamah Sesyen apabila tidak membenarkan pasangan blogger lucah Alvin Tan dan Vivian Lee diikat jamin dan mereka akan dipenjarakan. Baca laporan penuh yang dipetik dari AstroAwani.Com.

Pasangan Alvin Tan Dan Vivian Lee Dipenjarakan

KUALA LUMPUR: Pasangan menghina Islam dalam Facebook, Alvin Tan, 25 dan Vivian Lee, 24 hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan.

Pasangan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Mereka didakwa di bawah Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan juga Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Hakim juga membuat keputusan tidak membenarkan mereka diikat jamin sementara menunggu tarikh perbicaraan. Mereka akan dipenjarakan di mana Alvin akan dihantar ke penjara Sungai Buloh, sementara Vivian pula akan dihantar ke penjara Kajang.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin dan Ishak Md Yusoff turut meminta hakim agar ketiga-tiga pertuduhan dibicarakan serentak.

Pihak peguam pembela bagaimanapun memaklumkan bahawa dakwaan Penapisan Filem tidak boleh diiacarakan serentak kerana perkara itu dilakukan pada tarikh berlainan.

Hakim bagaimanapun memutuskan untuk membicarakan ketiga-tiga tuduhan serentak.

Pasangan Alvin Vivian atau menggelarkan mereka sebagai ‘Alvivi’ itu telah memuatnaik gambar dan tulisan “Selamat Berbuka Puasa (Dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!!!) serta logo halal di Facebook.

Tindakan mereka telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak khususnya umat Islam di Malaysia serta disusuli oleh laporan polis dari beberapa NGO. – Astro Awani

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

8 thoughts on “Pasangan Alvin Tan Dan Vivian Lee Dipenjarakan”

  1. Yana Sakura says:

    Haaa…ada pun tindakan..bagus2..kasi pengajaran cket kat depa neh…muka ketat jek Alvin.. Haha
    Yana Sakura recently posted…Contest Mega Raya -,Teka Duit Syiling dan Menang Duit Raya!My Profile

  2. padah bila salahguna kemudahan sosial
    silenceblogz.com recently posted…MALAYSIA VS CHELSEA 21 JULAI 2013My Profile

  3. Mohd. Rafiee says:

    Finally, this is the BEST punishment for person(s) who have that desire to make fun of Islamic holy matters. Syabas to JUSTICE. This should prevent others from attempting to do so.

  4. Pelir Malaysia says:

    Do this same thing to ibrahim ali.. noob!

  5. KongsiBlog says:

    haa ni makan die..
    KongsiBlog recently posted…WYSIWYG Web Builder 9.0.4 + CrackMy Profile

  6. Yan Ty says:

    marah nya bukan dia , dia buat org islam lain rasa marah dia ada pikiaq tak? benci la tgok muka deni!!!

  7. Wow, wonderful weblog format! How lengthy have you ever been blogging for? you made running a blog look easy. The overall glance of your website is wonderful, as smartly as the content material!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge