Panduan Memilih Perabot Dan Hiasan Rumah

Panduan-Memilih-Perabot-Dan-Hiasan-Rumah.jpg

Panduan Memilih Perabot Dan Hiasan Rumah | Panduan memilih perabot dan hiasan rumah ini membantu anda semua memilih perabot yang sesuai untuk rumah anda, pejabat atau ruang ruang kedai anda.

Antara faktor yang perlu ambil kira ialah, konsep, saiz, bajet, warna, mutu dan kualiti. Berikut ialah panduan dan tips memilih perabot:

1. Tentukan konsep ruang dalaman anda atau apakah gaya dalaman anda, pilih konsep dahulu sebelum membeli perabot, tak kira samada anda nak beli jenis apa, mahal atau murah, paling penting ialah konsep. Konsep yang sesuai akan membantu minda anda memilih gaya perabot yang sesuai. Contoh gaya moden futuristik, konsep tradisional, konsep moden, konsep alam semulajadi atau konsep ringkas dan selesa.

2. Kedua ialah padankan dan lihat saiz ruang, kalau ruang sempit, jangan beli perabot yang saiz besar, jika ruang kecil , kemudian beli saiz besar akan menyempit ruang sebenar.

3. Warna apa nak beli, lihat pada konsep anda dan warna ruang sediada. Anda boleh memilih samada mewarna semula dinding atau membeli perabot berdasarkan warna sediada. Pemilihan warna harus kena, jika ruang cerah, anda bebas memilih warna perabot, tapi jika ruang sudah gelap, maka sebaiknya pilih perabot warna cerah.

4. Bajet anda berapa. Jangan beli ikut jiran, beli ikut bajet dan konsep anda sendiri. Ini lebih bersifat individu dan ada yakin pada diri anda. Biarlah jiran beli perabot RM10,000, tapi anda beli ikut bajet dan gaya anda, ini akan menambah kepuasan anda sekeluarga.

5. Kaji dan dapatkan perbagai harga dan cari harga yang sesuai

6. Mutu kayu dan cara binaan perabot kena di lihat, kalau kayu, kena lihat samada makan abok atau anai-anai.

7. Kos penghantaran berapa, kekadang kedai perabot ambil ektra kos bagi pengangkutan, jadi kena ambil kira semasa membuat keputusan membeli perabot

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

2 thoughts on “Panduan Memilih Perabot Dan Hiasan Rumah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge