Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil

Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil Penang - Langkawi - Phuket, Pekej Star Cruise Murah, Pakej Honeymoon Kapal, Pesta Songkran, Langkawi, Phuket

Pakej Pelayaran Star Cruise Bersama Pak Nil | Penang – Langkawi – Phuket

Nampaknya semakin hari semakin popular pelayaran Star Cruise dikalangan kaki-kaki travel di seluruh dunia. Kali ini Dr Fuh nak cerita antara salah satu pengalaman yang tidak mungkin akan dilupan iaitu Dr Fuh sendiri berpeluang untuk melancong dengan menyertai pakej pelayaran Star Cruise. Tapi pelayaran ini bukanlah pelayaran yang biasa kerana ianya turut menampilkan pengacara nombor satu di Malaysia iaitu Pak Nil. Destinasi pelayaran 4 hari 3 malam ini bermula dari Pulau Pinang ke Langkawi ke Phuket kemudian balik semula ke Pulau Pinang.

Pakej ini dikenali sebagai Pakej Pelayaran Muslim Star Cruise, Pak Nil Bersama Peminat. Pakej anjuran Malaysian Harmony Tour & Travel Sdn Bhd ini cuma diadakan pada waktu-waktu tertentu sahaja. Bukan senang tau! Dengar cerita bulan 11 ni bakal diadakan lagi satu pakej pelayaran bersama Pak Nil, tapi lokasinya sedikit berbeza. Untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi terus MHTT Sdn Bhd.

cruise-paknil

Walaupun dalam masa cuma 4 hari 3 malam, terlalu banyak pengalaman dan cerita-cerita menarik sepanjang mengikuti pakej pelayaran ini. Makanan? Memang tak dapat dinafikan semuanya sedap-sedap belaka. Oh ya, untuk pakej Muslim ini makanan yang disediakan ditanggung halal dan mendapat kelulusan daripada pihak JAKIM sendiri. Penginapan yang selesa serta keperluan yang lengkap disediakan oleh pihak Star Cruise sangat tidak menghampakan.

Apa yang lebih menarik ialah kami yang mengikuti pakej pelayaran bersama Pak Nil ni bagaikan satu keluarga. Banyak aktiviti bersama yang dijalankan di atas Cruise semasa pelayaran. Antaranya pada hari pertama yang mungkin kita rakyat Malaysia jarang dengar ialah pesta Songkran. Kebetulan tarikh pelayaran hampir sama dengan tarikh pesta songkaran (pesta sambutan tahun baru Thailand) jadi sambutan tersebut telah diadakan di atas kapal. Memang sangat meriah! Songkran ini juga lebih dikenali sebagai pesta air.

Meriah dan ceria ketika pesta Songkran ini diadakan

Meriah dan ceria ketika pesta Songkran ini diadakan

Pesta Songkran

Pesta Songkran

Selain itu, turut diadakan Gala Dinner yang mana para pelancong berpeluang menikmati makan malam bersama VVIP termasuklah kapten kapal dan juga bersama Pak Nil sendiri. Mungkin menjadi malam yang tidak akan diluoankan sepanjang diatas cruise adalah semasa dinner bufet coklat dengan tema pakaian kain batik dan kain pelikat. Sungguh happening dimana Pak Nil mengendalikan beberapa aktiviti melibatkan peminat-peminatnya seperti bola beracun dan aktiviti bertukar-tukar hadiah.

cruise-batik cruise-coklat

Kemudahan-kemudahan yang lengkap seperti Jacuzzi, swimming pool, gymnasium, basketball, golf dan banyak lagi membuatkan para penumpang tidak bosan ketika berada di dalam Cruise tersebut.

Pulau Langkawi Permata Kedah

Pulang Langkawi dianggap sebagai syurga membeli-belah kepada kaki-kaki shopping terutamanya bagi kaum wanita. Di sini pelbagai barangan berjenama termasuklah makanan seperti coklat ditawarkan dengan harga yang sangat renda kerana bebas dari cukai.

Pada hari ke-2 pelayaran Star Cruise bersama Pak Nil ini, Langkawi menjadi tempat persinggahan pertama para pelancong. Semasa di Langkawi, beberapa tempat menarik telah dikunjungi seperti Makam Mahsuri, Dataran Helang, Underwater World dan tak lupa juga Billion Langkawi untuk membeli belah. Sudah semestinya ramai dikalangan peserta yang membeli Coklat di sana kerana harganya sangat murah berbanding beli di luar Langkawi.

cruise-underwater2

Antara hidupan laut unik yang terdapat di Underwater World Langkawi

cruise-mahsuri

Sedikit info dan sejarah mengenai Rumah Mahsuri

cruise-underwater

Ikan Nemo di Underwater World Langkawi

Tempat wajib dilawati juga tidak dilupakan di Langkawi ini iaitu tempat pemprosesan minyak gamat, minyak yang sangat terkenal di Pulau Langkawi dan di seluruh Malaysia. Di Nusantara Minyak Gamat bermacam-macam produk berasaskan gamat dihasilkan sebagai produk kesihatan dan kecantikan. Bertapa besarnya ciptaan Allah, hanya dengan sejenis spesis gamat dapat menghasilkan berpuluh-puluh jenis penawar.

Penulis bersama rakan media sempat bergambar di tugu minyak gamat di Langkawi

Penulis bersama rakan media sempat bergambar di tugu minyak gamat di Langkawi

Phuket: Land Of Smile

Hari ketiga merupakan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan apabila kami dibawa ke tempat percutian yang sangat menarik di Thailand iaitu Phuket yang diberi jolokan Land Of Smile. Sebelum menjelajah ke pelusuk Pulau Phuket ini kami dibawa untuk membeli pakaian dan souvenir di T-Shirt Outlets. Disini merupakan outlets termurah di Phuket jika anda mahu memborong pakaian yang sangat banyak pilihan corak. Disini juga terdapat T-Shirt Hard Rock Cafe : Phuket.

Kemudia kami dibawa ke Jungceylon yang mana ianya berhampiran dengan Patong Beach. Jadi kami tidak melepaskan peluang untuk ke Pulau Patong. Permandangan yang mendamaikan serta angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan kami leka bersiar-siar disitu.

cruise-patong cruise-patong-beach

Di sekitar Jungceylon juga terdapat banyak cenderahati yang murah-murah serta terdapat banyak tempat tukaran wang. Kami berkesempatan membeli beberapa cenderahati untuk dibawa pulang. Sepanjang perjalanan Dr Fuh di Thailand, ada satu tarikan yang tak dapat dilupakan iaitu sepanjang jalan terdapat wayarr elektrik yang sangat banyak jauh lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan Malaysia. Wayar apa lah tu ye.

Ulasan Penulis

Pelayaran bersama Pak Nil ini merupakan satu pengalaman yang pastinya akan terpahat dihati sanubari Dr Fuh. Pelbagai aktiviti yang sangat menarik dan tidak pernah dilakukan oleh Dr Fuh disediakan oleh pihak penganjur.

cruise-sunset

Ps- Sebenarnya banyak lagi pakej-pakej pelayaran yang sangat menarik dan akan membuatkan anda teruja. Pakej pelayaran bersama Pak Nil pon akan diadakan lagi. Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi:

Malaysian Harmony Tour & Travel Sdn Bhd
www.malaysianharmony.com.my
Tel:- 03-21429266
Fax:-03-21489767

Selamat belayar semua!!

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments