PAHANG VS KELANTAN PIALA MALAYSIA 20 OGOS 2013

pahang-vs-kelantan-2013.jpg

Pahang Vs Kelantan Piala Malaysia 20 Ogos 2013

PAHANG VS KELANTAN PIALA MALAYSIA 20 OGOS 2013 | Pada malam ini akan berlangsungnya beberapa perlawanan pembukaan bagi Piala Malaysia 2013. Dijangkakan kesemua 8 perlawanan akan bermula pada jam 8:45 malam melainkan perlawanan antara pasukan Lions XII menentang pasukan negeri Kedah iaitu pada jam 7:45 malam.

Hari ni Dr Fuh nak high light satu petembungan sengit antara 2 pasukan dari Pantai Timur iaitu pasukan Negeri Pahang Vs Kelantan FA. Perlawanan ini akan diadakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang pada jam 8:45 Malam.

Dilihat secara kasar, kedua-dua pasukan adalah sangat seimbang untuk memenangi perlawanan ini. Kelantan. Namun jika dilihat pula dari atas kertas, Kelantan memiliki kelebihan berbanding pasukan negeri Pahang dimana pasukan Kelantan telah memenangi kesemua dari 5 perlawanan terakhir mereka berbanding pasukan negeri Pahang.

Walau bagaimanapun, Pahang yang beraksi ditempat sendiri dan bermain di hadapan puluhan ribu penyokong sudah semestinya akan memberi tentangan sengit dan ingin memberikan 3 mata buat penyokong-penyokong setia mereka.

Perlawanan ini akan disiarkan secara siaran langsung menerusi saluran astro arena 801. Perlawanan juga boleh ditonton menerusi Live Streaming sekiranya ada laman yang menyediakannya (sila search sendiri) hehehe.

Semoga perlawanan pembukaan ini dapat memuaskan penyokong pasukan masing-masing dan berjalan dengan lancar tanpa sebarang pergaduhan dan provokasi sama ada secara live di stadium mahupun melalui laman Facebook.

Majulah Sukan Untuk Negara Tercinta, Tanah Tumpahnya Darahku

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

One thought on “PAHANG VS KELANTAN PIALA MALAYSIA 20 OGOS 2013”

  1. Yana Sakura says:

    Dr Fuh , senarai pasukn yg menang xde ea?
    Xsempat nak tgk sampai habis semalam..hehe
    Yana Sakura recently posted…Wordless Wednesday – Uniknya Diri Anda!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge