Padah Apabila Terperangkap Membeli ‘Time Share’

Padah Apabila Terperangkap Membeli 'Time Share' KEPADA YANG BELUM ATAU SUDAH TERKENA, SILA AMBIL PERHATIAN. perangkap orang yang menjual pakej percutian

PADAH APABILA TERPERANGKAP MEMBELI ‘TIME SHARE’

(KEPADA YANG BELUM ATAU SUDAH TERKENA, SILA AMBIL PERHATIAN)

Padah Apabila Terperangkap Membeli ‘Time Share’ | Assalamualaikum kepada para pembaca – pembaca budiman. Saya menceritakan sedikit sebanyak tentang perangkap orang yang menjual pakej – pakej percutian yang sekarang terlalu banyak mengajak orang di Malaysia datang untuk mendapatkan ‘baucer – baucer’ percuma di serata Hotel di Negara kita.

Saya ingin memberikan tips untuk mengelak membeli atau kalau sudah terbeli pakej yang di berikan. Saya bukan ingin menjatuhkan orang yang menjual ‘time share’ tetapi padahnya pada masa akan datang anda akan menyesal sebab sampai bila – bilapun anda akan membayar.

Saya memulakan dengan cara – cara bagaimana mereka perangkap anda untuk datang kepada mereka.

1. Pada awalnya mereka akan menyuruh pekerja – pekerja mereka menalifon senarai yang diberikan. Mereka mengajak anda ke tempat yang akan mereka membuat ‘road show’, jelajah @ apa – apapun sempena mendapatkan baucer percuma di mana – mana hotel bertaraf 4 atau 5 bintang.

2. Mereka akan menyuruh anda datang ke sana dan mengambil baucer tersebut, tetapi jika anda menolak mereka akan memaksa anda mengambil juga kerana baucer itu adalah percuma dan tidak perlu membayar walau sesen pun.

3. Anda akan berminat, dan mereka mulakan soal siasat tentang diri anda, dari umur, gaji, isteri @ suami berkerja atau tidak, ada kad kredit atau tidak (itu yang paling penting) dan akhir sekali mereka akan hantar SMS, menalifon, atau apapun untuk anda menuju ke tempat mereka.

4. Untuk kelayakkan, anda mesti ada kad kredit, gabungan gaji pasangan mesti melebihi 5 ribu ke atas atau minimum 4.5 ribu, mesti membawa pasangan (yang sudah berkahwin) dan anda memberi tarikh dan waktu yang anda sendiri tetapkan. Paling penting sekali memberikan masa dalam 30 minit, 40 minit, atau 1 jam untuk menunjukkan apa yang mereka buat (mengikut syarikat masing – masing)

Perangkap Pertama:

5. Tiba waktunya, anda mengunjungi ke tempat yang mereka (roadshow) anda akan dilayan. Mereka akan menceritakan tentang pakej – pakej yang agak murah atau berbaloi jika anda dalam kelab mereka (mengikut syarikat masing – masing) dan mereka akan menunjukkan hotel – hotel yang agak menarik.

6. Harga agak murah dibandingkan jika anda masuk terus atau membuat tempahan melalui ‘on – line’. Jika tidak masuk atau ‘join’ kelab mereka, mereka akan membanding – bandingkan seperti:

• Jika menginap sehari anda akan habiskan beberapa RM dan agak mahal dan jika join kami punya ‘Club’ anda akan untung kerana kami boleh bagi harga itu dalam masa 7 hari.

• Kami punya hotel ‘worldwide connection’ dan kami berikan kemudahan yang memuaskan pengguna kerana kami memberi hotel bertaraf 5 bintang.

• Kalau ada masalah kami akan memperbaiki mutu kami atau menalifon ‘service center’ kami, jika ‘club’ lain susah mendapat ‘booking’ tapi kami senang kerana ‘vacation club’ kami ada serata di dalam dan luar Negara.

• Jika anda bertanya tentang ‘baucer’ mereka menyuruh anda menunggu seketika kerana mereka sedang membuat proses.

Perangkap kedua:

7. Jika anda beredar sebelum tempoh yang diberikan atau anda tergesa – gesa kerana masa anda singkat, mereka tidak akan memberikan baucer tersebut.

8. baucer akan diberikan jika anda membeli atau join club tersebut dan jika anda dapat baucer percuma tersebut, anda akan kecewa kerana hari yang diberikan hanya pada waktu berkerja sahaja.

9. Apabila anda membayar pakej diberikan penuh, anda akan perlu membayar ‘maintanance fee’ selama mana anda perlukan dan jika tidak dibayar, mereka akan memotong hari percuma anda (mengikut pakej yang diberikan)

Akibatnya:

10. Senang cerita, tak kira apapun anda kena bayar macam – macam kalau beli time share ni, susahkan diri kalau nak ‘booking’ kat luar Negara, sama aje kalau masuk walk – in. kalau booking kat dalam Negara, macam – macam alasan kalau hotel penuh. Sakit hati kalau tak pakai ‘free day’ nanti burn.

11. Cakap hotel bertaraf 5 bintang, memang dapat tetapi bilik tak akan dapat lah brader. JANGAN HARAP BOLEH DAPAT SEBAB DIORANG NI IKOT CARA – CARA YAHUDI DAN ITU ADALAH FAKTA sebab syarikat yang mereka pakai untuk Worldwide Holiday yang mereka pinjam adalah kepunyaan YAHUDI.

Cara – cara untuk mengelak:

12. Jangan terperangkap dengan alasan – alasan yang akan diberikan dan jika mereka ingin memberikan baucer percuma, cakap sahaja tidak berminat. Jangan marah kepada mereka yang menalifon anda kerana mereka hanya membuat kerja mereka sahaja.

13. Kalau sudah membeli time share, anda akan mendapat duit anda kembali dalam masa 10 hari jika membuat pembatalan. Jadi kalau dah beli sebelum cukup tempoh diberikan. Kalau sesiapa yang beli pakej dengan bayaran penuh maka cepat – cepat lah cancelkan ya…!

14. Jika ingin mendapat baucer itu juga, tetapi tidak ingin membayar walau sesenpun, sampai di tempat yang dijemput, lepas dengar mereka membebel cakap kepada mereka:

• “Boleh saya cuba dulu hotel (yang anda pilih) lepas itu kalau memuaskan, saya akan membeli pakej ini (yang paling mahal) sebab saya banyak dengar ramai yang tak puas hati hotel – hotel yang awak bagi.” Sebelum itu, anda mesti memberitahu bahawa anda ada kad kredit dan gaji melebihi RM 5 ribu sebulan.

15. Tolong ambil perhatian tentang perkara ini sebab jika anda tersalah langkah anda mendapat padah sampai bila – bila kerana perlu membayar caj – caj yang diberikan seumur hidup, larat ke….? Jika anda terkena, maka cepat – cepatlah anda cancelkan pakej yang anda beli.

Jika anda seorang yang bijaksana, anda tak perlu membeli time share pun, kalau booking awal – awal pun syarikat hotel akan memberi diskaun yang sama seperti mereka berikan atau mungkin lebih murah.

Jadi sebelum terkena baik berhati – hati.

Daripada si mangsa

Wasalam…

Kredit kiriman daripada Joe Kacak

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments