Nurul Izzah Tuntut Cerai Dengan Suaminya?

nurul-izzah-tuntut-cerai.jpg

Nurul Izzah Tuntut Cerai Dengan Suaminya? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi sekalian. Baru-bari ini kecoh tentang surat terbuka YB Nurul Izzah kepada Perdana Menteri, harini pula kecoh tentang Nurul Izzah telah buat tuntutan cerai terhadap suaminya pada Disember tahun lalu. Namun adakah berita ini benar?

Benarkah Nurul Izzah Tuntut Cerai Dengan Suaminya?

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai secara fasakh daripada suaminya Disember lalu.

Namun di laman mikro twitter miliknya, Nurul Izzah menafikan pertanyaan mengenai berita tuntutan cerai yang mula tersebar hari ini.

Nurul Izzah Tuntut Cerai Dengan Suaminya? Nurul Izzah Nafi Tuntut Cerai, Kes Penceraian Nurul Izzah, Benarkah Nurul Izzah Bercerai? Berita Penceraian

The Star Online dalam laporannya mendedahkan semakan dengan Mahkamah Syariah Jalan Duta mendapati anak Ketua Umum PKR itu memfailkan tuntutan cerai secara fasakh daripada suaminya Raja Ahmad Shahrir Raja Salim bulan lepas.

Sementara portal The Malaysian Insider pula melaporkan Nuruh Izzah enggan mengulas lanjut isu berkenaan ketika ditemui Forum Strategi ASLI ke 16 hari ini.

Difahamkan sebutan kes penceraian sepatutnya pada 20 Januari lepas (Isnin) namun, Raja Ahmad Shahrir dikatakan memohon supaya sebutan tersebut ditangguhkan selama dua minggu.

Raja Ahmad Shahrir dikatakan membantah tuntutan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR itu.

Sebutan kes tersebut akan didengar semula pada 8 Februari depan dan dikatakan tiada persefahaman merupakan alasan yang diberikan oleh Nurul Izzah ketika membuat tuntutan cerai secara fasakh.

Di bawah undang-undang Syariah, tuntutan penceraian biasanya akan melalui proses Sulh atau kaunseling.

Nurul Izzah, 33, dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, berkahwin pada 9 Mei 2003.

Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan di kediaman bapa Nurul Izzah iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara, dekat sini.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan berusia tujuh tahun dan seorang anak lelaki yang berusia empat tahun. – Sumber

Dr Fuh – Apa-apa pun sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi dari YB Nurul Izzah sendiri dan jangan pula kita menyebarkan khabar angin yang masih belum pasti kesahihannya. Dr Fuh doakan YB Nurul Izzah dan suami sentiasa bahagia dan dijauhi dari fitnah-fitnah duniawi.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge