Nota Bunuh Diri Kurt Cobain Didedahkan Setelah 20 Tahun

Nota Bunuh Diri Kurt Cobain Didedahkan Setelah 20 Tahun

Nota Bunuh Diri Kurt Cobain Didedahkan Setelah 20 Tahun | Pada bulan April 2014 ini genap dua puluh tahun peneraju kumpulan muzik Nirvana ini, Curt Cobain, membunuh diri. Kematiannya mengundang pelbagai kontroversi tentang dadah dan tentang konpirasi untuk membunuh lagenda pemuzik grunge itu.

Nota Bunuh Diri Kurt Cobain Didedahkan Setelah 20 Tahun

Bersempena dengan ulangtahun insiden tersebut yang ke-20 tahun ini, Polis Seattle telah mendedahkan kepada umum gambar-gambar di tempat kejadian yang belum pernah didedahkan sebelum ini yang memaparkan bilik di mana penyanyi itu ditemui mati. Pada minggu lepas, agensi perundangan mengumumkan bahawa mereka telah mengambil 35 keping gambar yang diambil oleh pegawai polis 2 dekad lalu.

Satu set fotografi telah dipamerkan kepada umum oleh polis yang menunjukkan nota bunuh diri yang ditinggalkan oleh penyanyi bermasalah itu sebelum membunuh diri pada 8 April, 1994. Sekeping kertas putih yang berkedut itu telah dipinkan dengan menggunakan sebatang pen merah ke dalam tanah tanaman di dalam rumah hijau.

Gambar lain menunjukkan bilik kosong di atas garaj Cobain, dengan bangku kayu yang berdiri di satu sudut, yang merupakan satu-satunya objek dalam bilik itu. Gambar lain pula menunjukkan dompet kulit bintang rock grunge itu yang mengadungi lesen memandu beliau di dalamnya.

Terdapat juga imej yang menunjukkan sebuah kotak yang mengandungi dadah jenis paraphernalia dan barangan seperti kacamata hitam, dompet dan sepaket rokok. Dalam sebuah kotak, terdapat sudu, yang mungkin mempunyai kesan heroin keatasnya, jarum serta pemetik api.

Nota Bunuh Diri Kurt Cobain Didedahkan Setelah 20 Tahun

CBS News melaporkan bahawa kebanyakkan gambar dirakamkan dengan menggunakan filem 35mm, yang menjadi kabur setelah beberapa tahun, yang memberikan kesan kehijauan terhadap gambar. Setelah kejadian bunuh diri itu, pihak polis Seattle mengambil keputusan untuk tidak membangunkan 4 rol filem yang diambil di dalam bilik Cobain membunuh diri – satu langkah yang telah menyebabkan timbulnya teori konspirasi yang mencadangkan bahawa penyanyi itu mungkin telah dibunuh, dan pegawai sistem perundangan telah bersepakat untuk menutup jenayah tersebut.

Jurucakap polis, Renee Witt berkata bahawa tiada apa pun dari gambar-gambar tersebut yang dapat mengubah keputusan yang membuktikan Cobain membunuh dirinya dengan pistol. Kes tersebut masih kekal ditutup. Imej-imej 35mm itu dikatakan lebih terperinci daripada gambar Polaroid yang digunakan dalam siasatan asal pada tahun 1994 yang menyebabkan pihak polis kembali meneliti kesemua bukti. Walaubagaimanapun, pihak berkuasa belum mengisytiharkan bahawa kes tersebut akan dibuka semula sepenuhnya.

.Penyanyi itu telah dijumpai mati akibat tembakan di kepala oleh dirinya sendiri dalam rumahnya yang berhampiran Lake Washington oleh seorang tukang elektrik, Gary Smith. Ketua pegawai perubatan Seattle menyifatkan Cobain, yang berumur 27 pada masa itu, telah menamatkan riwayatnya sendiri 3 hari sebelumnya setelah keluar daripada pusat pemulihan khas bagi penagih heroin.

Nota Bunuh Diri Kurt Cobain Didedahkan Setelah 20 Tahun

Pihak berkuasa telah menjumpai sebuah nota, tetapi spekulasi telah tersebar sejak itu yang mendakwa penyanyi lagu Smells Like Teen Spirit itu tidak mumbunuh diri. Malah, dalam satu dokumentari mengenai Kurt dan Courtney pada tahun 1998 oleh penghasil filem, Nick Broomfield telah meletakkan semua kesalahan kepada balu Cobain, Courtney Love. Tiada bukti yang menunjukkan balunya itu, yang juga seorang rockers, bertanggungjawab ke atas kematian suaminya yang terkenal itu. Pihak berkuasa telah memutuskan bahawa kematian Cobain adalah disebabkan mumbunuh diri yang berpunca daripada mengambilan dos heroin yang berlebihan sebelum menembak dirinya sendiri.

Nota Bunuh Diri Kurt Cobain Didedahkan Setelah 20 Tahun

Sejak kumpulannya, Nirvana menjadi terkenal pada awal 1990an, Cobain berusaha kuat untuk berhadapan dengan persepsi orang ramai terhadap dirinya dan mengalami tekanan dan melawan ketagihan. Peminat setia Nirvana seluruh dunia telah berspekulasi bahawa pihak polis akan membuka semula kes tersebut secara rasmi bagi menyiasat kematian Cobain, namun pihak polis dengan pantas telah membuat penjelasan bahawa mereka tidak akan membuka semula kes tersebut. Pihak polis menerangkan bahawa kes tersebut hanya ditunjukkan semula bersempena dengan 20 tahun ulangtahun kematian Cobain.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments