Ngeri! Misteri Dawai Hidup Keluar Dari Perut Wanita

Misteri-Dawai-Kawat-Keluar-Dari-Perut-Guru-Tadika-1.jpg

Ngeri! Misteri Dawai Hidup Keluar Dari Perut Wanita ini | Ramai yang agak meraguinya pada mulanya, mereka semua berfikir mungkin dia yang melakukan perkara tersebut keatas dirinya sendiri. Bagaimanapun, para doktor juga mempunyai teori lain tetapi tidak dapat dijelaskan menerusi saintifik atau perubatan.

Wanita ini telah 17 tahun menderita kerana dawai yang keluar menerusi tubuhnya dan kini dia turut disiasat oleh Kementerian Kesihatan. Perundingan awal dengan doktor dan pakar-pakar mendapati bahawa dawai juga terdapat di dalam badannya. Pada peringkat ini, tidak ada penjelasan perubatan semasa atau mana-mana kes yang pernah wujud. Oleh itu, tidak lain dan tidak bukan. ianya pasti dari perbuatan khianat.

Noorsyaidah, seorang guru tadika berusia 40 tahun dari Sangatta, Timur Kutai, Indonesia. Gejala pertama bermula pada tahun 1991, menurutnya dawai logam muncul daripada dada dan perut beliau. Pada minggu pertama, dawai itu tumbuh dan kemudiannya dawai tersebut jatuh dengan sendirinya dari badan beliau dan tiada lagi kejadian dawai keluar dari tubuhnya. Namun, sebulan kemudian, dawai tersebut kembali keluar dari badannya dan ianya seperti seperti hidup bahkan semakin banyak!

Ngeri! Misteri Dawai Hidup Keluar Dari Perut Wanita Ini. Ramai yang agak meraguinya pada mulanya, mereka semua berfikir mungkin dia yang melakukan perkara

Salah satu daripada adik-adiknya berkata bahawa mereka cuba untuk membantu dengan memotong dawai tersebut. Malangnya, apabila dia cuba untuk memotong dawai itu, dawai itu masuk kedalam seolah-olah ia telah bersembunyi dan kemudian muncul di bahagian lain tubuh Noorsyaidah.

Terdapat 4 Pakar Perubatan mengambil serius perkara ini dan telah merawat beliau dalam beberapa cara. Dan hasilnya, doktor tidak dapat memikirkan apa sebenarnya yang berlaku kepada beliau. Para doktor telah mengambil imej X-Ray dari perut beliau dan mendapati bahawa terdapat lebih daripada 40 dawai logam didalam badan beliau dan sebahagian daripada dawai itu menusuk keluar dari kulitnya.

Ianya kelihatan seperti satu fenomena hidup. Dawai itu mampu beralih dan dengan itu boleh menukar lokasi sesuka hati, Oleh itu, doktor terpaksa menggunakan magnet untuk mengimbas kedudukan sebenar dawai. Wayar tanpa apa-apa gejala Tetanus, tetapi Noorsyaidah berkata bahawa dawai tersebut mencederakan beliau dan sangat terasa seperti jarum menusuk dibadannya. – Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

11 thoughts on “Ngeri! Misteri Dawai Hidup Keluar Dari Perut Wanita”

  1. amir zahari says:

    ish macam kena buatan orang je..
    amir zahari recently posted…HasrulHassan – Tips Pengiklanan Buat Duit Dengan BlogMy Profile

  2. santau ke apa ni
    blogger lelaki recently posted…Lelaki Bantu Buat Kerja RumahMy Profile

  3. hadifahmy says:

    kumpul byk2,jual la..haha

    1. World WarZ says:

      Harap harap nanti kena pada kamu boleh lah kamu kumpul banyak banyak kemudian gi jual..
      Kaya lah kamu…
      Doa doakan lah supaya cepat kena dan leh jual wire tuh kat kedai besi buruk..

  4. Ezad Skytech says:

    erk….ada juga kes macam ni ye? kenapa agaknya tu?
    Ezad Skytech recently posted…Ambil Kesempatan Ataupun Terlepas PandangMy Profile

  5. vcore says:

    bahaya nih.kene buatan org kot
    vcore recently posted…Majlis Malam Berinai Fouziah Gous Dan Md ZhafranMy Profile

  6. BudakHitam says:

    Macam santau je ni.
    BudakHitam recently posted…Ada apa dengan iPad Mini 2 ?My Profile

  7. Arie says:

    Dah semestinya ini kerja jin. Boleh pulak dawai tu elak-elak.
    Arie recently posted…Buku Panduan Buat Duit Dengan Handphone Dari Sifu Mazelan AbasMy Profile

  8. baby comel says:

    Erkk, camne boleh jadi camtu?? Menakutkan
    baby comel recently posted…Cara Kekalkan Air Kolam Ikan BersihMy Profile

  9. kucinghitam says:

    indonesia standard la ilmu hitam kuat kat sana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge