Ngeri! Kepala Berlubang Akibat Ubat Sapuan

Ngeri! Kepala Berlubang Akibat Ubat Sapuan

 Ngeri! Kepala Berlubang Akibat Ubat Sapuan | Seorang lelaki Australia telah menyebabkan kepalanya berlubang seluas satu inci lebar yang seakan-akan luka ditembak pistol setelah menggunakan ubat sapuan yang sangkanya dapat membantu merawat barah kulit yang dialaminya.

Lelaki yang berumur 55 tahun itu dimasukkan ke hospital Brisbane dengan kesan luka merbahaya di dahi kanan setelah didakwa menggunakan salap hitam, yang merupakan ubat sapuan bagi rawatan alternatif.

Lelaki tersebut dipercayai menyapukan salap itu selama empat bulan dan dia tidak mendapatkan rawatan profesional sehinggalah terdapat lubang hitam pada kepalanya.

Para doktor Unit Rawatan Kecemasan Princess Alexandra di Brisbane terkejut apabila melihat lelaki tersebut dimasukkan ke dalam wad pada September tahun lepas. Dia menggunakan ‘dadah bernakotik yang kuat yang digunakan untuk meredakan kesakitan’ untuk meredakan penderitaannya dan doktor pada mulanya percaya bahawa mereka perlu melakukan pembedahan.

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut di benarkan pulang ke rumah untuk merawat luka tersebut dengan diberikan arahan yang betul dan ia sembuh dalam masa tiga bulan. Lelaki itu mengaku dan memberitahu seorang pekerja hospital bahawa dia mengamalkan sapuan ubat alternatif di kawasan dahinya, yang dipercayai merupakan sejenis salap hitam.

Ubat sapuan tersebut, yang juga dikenali sebagai salap lukisan, mengadungi sanguinarine – yang didapati daripada tumbuhan yang dikenali sebagai bloodroot dan sering dicampurkan dengan zinc chloride, yang bertindak sebagai penghakis.

Ngeri! Kepala Berlubang Akibat Ubat Sapuan

Bloodroot: Tumbuhan yang digunakan dalam penghasilan salap hitam

Adunan ini digunakan ke bahagian bermasalah seperti tahi lalat, parut dan kadang kala barah, kerana ia memusnahkan tisu kulit dan meninggalkan parut hitam yang kemudiannya akan gugur sendiri. Salap hitam ini terkenal pada era awal 1900an bagi merawat kulit yang tercedera, tetapi telah disenaraikan sebagai ‘perubatan barah yang palsu’ oleh U.S. Food and Drug Administration (FDA) sejak 2004, dan organisasi itu cuba untuk mengharamkan ubat ini di Amerika Syarikat.

Di Australia, Therapeutic Goods Administration (TGA) memburuk-burukkan ubat sapuan tersebut pada tahun 2012, walaupun tiada pengharaman dilakukan. Walau bagaimanapun, amaran-amaran tersebut tidak menghalang penggunaan salap hitam ini secara meluas di Australia.

“Saya rasa ia digunakan dengan meluas dari apa yang kita sedari,” kata ahli dermatologi, Dr Erin McMeniman kepada news.com.au. Pesakit selalunya sangat berahsia mengenai dari mana mereka mendapatkannya, tetapi ahli dermatologi sering berjumpa kes di mana terdapatnya komplikasi besar kesan dari penggunaan salap ini.”

“Lazimnya tumor tersebut tidak dirawat dengan sepenuhnya dan 12 bulan kemudian ia masih lagi membesar di bawah parut yang dihasilkan oleh salap hitam ini,” tambahnya lagi.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments