Ngeri Kejam! Suami Isteri Parah Ditetak

suami-isteri-ditetak.jpg

Ngeri Kejam! Suami Isteri Parah Ditetak | MANJUNG – Sepasang suami isteri terpaksa merangkak dalam keadaan berlumuran darah meminta bantuan selepas diserang dan ditetak sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dalam satu kejadian di Kampung Koh, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa masing-masing berusia 50-an diserang empat lelaki yang dipercayai bersembunyi berhampiran kediaman pasangan itu sebelum menyerang.

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa baru pulang ke kediaman mereka dengan menunggang motosikal.

Tindakan mengejut itu menyebabkan mereka tidak sempat mengelak serangan kumpulan berkenaan dan kedua-dua mangsa cedera di tangan dan kaki.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang sempat meloloskan diri menjerit meminta bantuan penduduk berhampiran.

Melihat mangsa meminta tolong, suspek segera melarikan diri menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa diserang sekumpulan lelaki hingga menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan.

“Mereka berdua dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Seri Manjung.

“Kita masih belum kenal pasti motif serangan berkenaan dan setakat ini tiada sebarang laporan kerugian berhubung kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, tiada sebarang tangkapan dilakukan buat masa ini, bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – Sinar Harian

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

5 thoughts on “Ngeri Kejam! Suami Isteri Parah Ditetak”

  1. ni mesti dendam ni.. takkan la orang nak serang tanpa sebab. nak kata merompak xde pulak dia rompak apa2.. motif dendam la ni.. org sekarang x puas hati je.. kalau tak tetak orang bunuh orang
    lekatlekitgurl recently posted…JANGAN MARAH KALAU JIRAN TULIS CERITA BURUK ANDA KAT BLOGMy Profile

  2. kucinghitam says:

    sah2 ada otif lain nie xpun mmg org ni psiko sikit

  3. Ezad Skytech says:

    mesti ada motif ni…takkan la menyerang tetiba macam tu kan…

  4. baby comel says:

    samseng, peras ugut dan kongsi gelap, rompak… berleluasa. Tempat aku tu Manjung, selalu sgt jadi camni. harap2 jangan la ada lagi kes camni
    baby comel recently posted…Bila Diserang MalwareMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge