Nenek Ini Jalani Hidup Tanpa Wang Selama 16 Tahun

Hiedemarie-Schwermer.jpg

Nenek Ini Jalani Hidup Tanpa Wang Selama 16 Tahun | Hidup tanpa wang , mungkin ia kedengaran mustahil , tetapi tidak bagi wanita tua ini . Kesaksian Hiedemarie Schwermer , seorang nenek tua yang berusia 69 tahun membuktikan bahawa wang bukanlah segalanya .

Nenek ini juga membuktikan bahawa wang dapat membuat bahagia tapi tidak boleh membeli kebahagiaan . Dan selama 16 Tahun ia telah berjaya menjalani kehidupan bahagianya hidup tanpa wang .

Nenek Ini Jalani Hidup Tanpa Wang Selama 16 Tahun

Schwermer bukan lah seorang gelandangan atau tidak berumah , Ia anak dari seorang usahawan yang berjaya . Di saat ia kecil , wang bukanlah suatu masalah baginya .

Namun ketika perang dunia dua di Eropah berlaku , Schwermer dan keluarganya harus rela kehilangan hartanya . Tak hanya itu , Schwermer yang lahir dan membesar di Rusia bersama keluarganya juga diusir dari negerinya itu dan memutuskan hijrah ke Jerman .

Nenek Ini Jalani Hidup Tanpa Wang Selama 16 Tahun

Selama berada di Jerman , ayah Schwermer mula kembali berniaga . Ayahnya pun kembali mengulagi kejayaannya , keluarga Schwermer kembali menjadi kaya dan tak lagi merasakan pahitnya hidup .

Meskipun hidup di keluarga yang serba mewah , namun ternyata Schwermer tak merasa kebahagiaan . Schwermer menjelaskan , bahawa kekayaannya membuat ia merasa dipaksa untuk menilai apakah keluarganya miskin atau kaya .

” Kami kaya tapi pada akhirnya tak punya apa – apa , ” katanya .

” Kami menjadi kaya lagi dan mati – matian mempertahankannya .

Aku selalu merasa dipaksa untuk menilai , apakah kami kaya atau miskin , ” katanya .

Sebelum Schwermer menerapkan gaya hidupnya yang seperti sekarang , Ia sempat bekerja sebagai guru dan terapi kejiwaan dengan gaji lumayan bagus .

Namun , ia merasa tak mendapat kebahagiaan dari pekerjaannya itu , Ia justeru merindukan masa – masa di mana ia hidup susah dan penuh perjuangan . Inilah yang menjadi asas seorang Schwermer taksub untuk mencari cara hidup tanpa menggunakan wang .

Gaya hidup yang tak banyak dilakukan ini , mula dikenali pada 1994 . Pada saat itu Schwermer membentuk sebuah kumpulan pertukaran dengan nama ” Give and Take Central ” atau pusat memberi dan menerima .

Di kumpulan ini , orang – orang saling menukar perkhidmatan mudah seperti mengasuh bayi atau membersihkan rumah dengan pelbagai kerja dilakukan . Dan Schwermer saat itu mendapati , ia lebih sedikit memerlukan wang .

Schwermer memutuskan untuk menjual rumah dan segala yang ia punya . Ia hanya meninggalkan beberapa barang kecil yang benar – benar diperlukan . Kini selepas gaya hidup tanpa wang ini dikenali oleh orang banyak , Schwermer mula menjadi pembicara dalam misinya dari satu tempat berpindah ke tempat yang lain .

Di pekerjaan barunya sebagai penceramah, Schwermer ia hanya menerima tiket kereta api dari para pengundangnya, dan menolak setiap usaha lain untuk membayarnya. Untuk memenuhi keperluan hidupnya, Schwermer sering menerima pakaian dari teman-temannya, pemberian yang ia sebut sebagai “keajaiban”, Selain itu Ada banyak rumah yang membuka pintu lebar-lebar untuk menginapinya. Namun malangnya Ia tak pernah mahu berlama-lama di satu rumah dan memutuskan berkeliling menjalankan misinya.

sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

2 thoughts on “Nenek Ini Jalani Hidup Tanpa Wang Selama 16 Tahun”

  1. kucinghitam says:

    gila lah sebulan tak da duit pun macam gila ni 16 tahun hayooo

  2. jdt says:

    Ini namanya gelandangan bermaruah…..
    tapi kehidupan seperti ini adalah sia2….
    bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun…beribadatlah kamu seperti……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge