NASA Memberi Penghormatan Kepada Nelson Mandela

imej Afrika Selatan oleh NASA

NASA Memberi Penghormatan Kepada Nelson Mandela | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja mengenali Nelson Mandela semenjak sekolah menengah dan kisah beliau juga diajar apabila Teacher Muja belajar sastera. Memang banyak jasanya. Teacher Muja sendiri merasai kehilangannya.

Kehilangan Nelson Mandela ternyata sangat memberi kesan kepada dunia apabila pihak NASA juga telah turut sama menyertai gelombang pemberian penghormatan ke atas negarawan Afrika Selatan, Nelson Mandela dengan memfokuskan imej tanah kelahiran Mandela yang dilihat dari Stesen Angkasa Antarabangsa.

nelson mandela

“Sebagai menghormati ikon anti-aparteid Nelson Mandela yang telah meninggal dunia hari ini pada usia 95 tahun, di sini adalah sebuah imej Cape Town, Afrika Selatan dari angkasa,” kata agensi angkasa pada hari Khamis di laman Google+nya. “Imej ini diambil pada 9 Mei 2013 oleh angkasawan Kanada Chris Hadfield semasa tinggal dan bekerja di atas kapal Stesen Angkasa Antarabangsa. Hadfield tweet imej ini dan menulis ‘Cape Town, Afrika Selatan dan Atlantis Selatan memanggil selamanya’

imej Afrika Selatan oleh NASA

Gambar tersebut telah sampai ke 5.4 juta pengikut NASA di Twitter dan 1.7 juta pengikut Google+ agensi itu. Penghormatan untuk Mandela datang dari bahagian angkasa yang lain juga. “Berehat dengan aman, Nelson Mandela,” Elon Musk, pengasas jutawan SpaceX dan penduduk asal Afrika Selatan, menulis di Twitternya, “Seorang lelaki yang baik dan hebat”.

Buzz Aldrin, manusia yang berjalan atas bulan dari Apollo 11 juga mengucapkan ucapan yang hampir sama, menggelar Mandela sebagai “inspirasi sebenar dan model contoh untuk keamanan dan kerjasama antarabangsa. Kami akan terus belajar daripadanya.” Aldrin menulisnya di Twitter.

Stesen angkasa melihat pemandangan Afrika Selatan bukan sahaja sebagai menghormati Mandela, tetapi juga sebagai pemberian terakhir daripada Cosmic Log Space Advent Calenda, yang akan memaparkan pemandangan bumi dari angkasa setiap hari sepanjang Krismas.

Begitu sekali penghormatan yang diberikan kepada seorang tokoh keamanan. Teacher Muja terfikir, bagaimanakan reaksi penduduk dunia semasa kewafatan Rasulullah SAW yang diakui di peringkat antarabangsa sebagai manusia paling berpengaruh di dunia. Baginda adalah ikon bagi segala penjuru kebaikan. Semestinya kesedihan yang dirasai dunia melebihi kesedihan dengan kematian Nelson Mandela.

Sama-samalah kita berdoa agar keamanan dunia akan sentiasa bertambah baik dari hari ke hari. Amiin.

Wassalaam.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments