Nama Anak Berinspirasikan WikiLeaks?

wikileaks

Nama Anak Berinspirasikan WikiLeaks? | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Dalam hidup kita, antara perkara paling adalah nama kita. Nama kita adalah identiti yang menjadi doa ke atas kita apabila orang memanggil nama itu. Disebabkan itu, menamakan anak dengan nama yang baik adalah sangat penting dan dititikberatkan dalam Islam.

Pernah tak terfikir macam mana ibu bapa kita boleh menamakan kita dengan nama sedemikian? Nama Teacher Muja bermaksud Pejuang Wanita. Yeaah, tengah berjuang untuk menjadi wanita solehah. Insya Allah. Jom kita tengok pula betapa seorang bapa ini menginginkan menamakan anak lelakinya dengan nama WikilLeaks.

Mainz, Jerman- Seorang ayah telah dilarang daripada menamakan anak lelakinya yang baru lahir dengan nama Wikileaks kerana ia mungkin mengancam kebajikan bayi tersebut. Hajar Hamalaw, seorang penulis dan jurugambar yang telah ke Iraq pada tahun 2000 dan sekarang tinggal di Bandar Passau, Jerman berkata, berkempen mengenai sebuah organisasi yang dinaungi oleh Julian Assange meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada dirinya.

wikileaks

“Ia bukanlah semata-mata nama bagi saya. Ia mempunyai makna yang besar. WikiLeaks telah mengubah dunia,” kata Hamalaw yang berusia 28 tahun kepada NBC News. Tambahnya lagi,”Untuk keluarga saya, nama itu sinonim kepada kebenaran yang telus. Anak perempuan saya dipanggil Diya yang bermaksud Cahaya Kebenaran”

Berdasarkan Hamalaw, pegawai Jerman di pejabat pendaftaran Passau di negeri konservatif di Bavaria mulanya tidak tahu makna sebenar WikiLeaks. “Dia fikir saya menyatakan nama sebuat rancangan televisyen. Kami sangat kecewa selepas penolakan tersebut. Ratusan manusia dibenarkan meletakkan nama anjing Barack Obama untuk anak-anak mereka, tetapi saya tidak boleh menggunakan WikiLeaks?”

cerita bayi wikileaks

Bayi Hajar Hamalaw masih dipanggil WikiLeaks oleh kawan-kawan dan keluarganya. Gambar bayi ini diambil sedang memakai pakaian bergambar pengasas WikiLeaks, Julian Assange.

Jerman tidak mempunyai senarai nama yang dibenarkan untuk ibu bapa pilih untuk menamakan anak-anak mereka, tetapi mahkamah boleh memutuskan sama ada sesebuah nama akan mengancam kebajikan seseorang bayi atau kanak-kanak. Ibu bapa dilarang menamakan anak-anak mereka dengan nama bandar atau jenama. Dalam beberapa tahun lepas, nama pertama seperti Stompie, McDonald, Woodstock, Grammophon dan Peppermint telah diharamkan.

Pada tahun 2009, keputusan mahkamah telah mencetuskan kekecohan selepas pegawainya membenarkan seorang Muslim di Berlin untuk menamakan anaknya ‘Djehad’, nama yang diolah dari perkataan ‘Jihad’ yang dikatakan bermaksud ‘perang suci’. Salah faham ini telah memberikan kesan yang cukup buruk di sana.

Karin Schmeller, seorang jurucakap untuk Passau’s Town Hall, telah mempertahankan keputusan tentang WikiLeaks pada bulan lepas. “Dalam sebuah sesi permulaan maklumat, kami memberitahu keluarga itu yang kami terpaksa menolak nama tersebut berdasarkan penilaian yang sama dengan keputusan mahkamah baru-baru ini,”katanya.

Surat khabar Munich Merkur amat panta membandingkan peraturan di Jerman dengan tempat lain. “Di Hollywood, nama yang aneh tidaklah menghairankan. Anthony Kiedis dari Red Hot Chilli Peppers memanggil anak lelakinya ‘Everly Bear’, anak Nicole Kidman dan Keith Urban dinamakan ‘Sunday Rose’,” berdasarkan German Daily tersebut.

Hamalaw dan isterinya Daria Kareem telah bersetuju untuk menamakan anak lelaki mereka dengan nama ‘Dako’ pada sijil kelahirannya, walaupun kawan-kawan dan ahli keluarga terus memanggil bayi itu dengan nama ‘WikiLeaks’.

Betapa ibu bapa berusaha untuk menamakan anak-anak mereka dengan nama yang terbaik. Ada yang sampai beli buku nama-nama yang baik dan merujuk banyak tempat untuk nama terbaik. Janganlah kita sia-siakan nama yang baik dengan menggunakan nama yang kononnya glemer, padahal tidak membawa maksud apa-apa.

Wassalaam.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments