Najis Gajah Diproses Menjadi Kertas Berkualiti Tinggi

2014-04-01_231307

Najis Gajah Diproses Menjadi Kertas Berkualiti Tinggi | Najis haiwan memang mempunyai manfaat bagi manusia , misalnya dibuat untuk bahan baja . Namun kali ini najis dari gajah digunakan untuk pembuatan kertas . Projek aneh ini dilakukan oleh Tim Husband , yang sebelumnya bekerja sebagai penjaga zoo di Australia .

Projek ini dirancang akan diadakan di Bali Safari and Marine Park . Dari kaji selidik diperoleh maklumat bahawa gajah – gajah di sana setiap ekor menghasilkan najis sekitar 100 kg sehari . Dan menghabiskan rumput sebanyak 180 kg sehari . Projek ini akan memanfaatkan bantuan dari penduduk sekitar , terutama dalam pengumpulan najis .

Seperti disiarkan di International Business Times , untuk menghasilkan 15 kertas berkualiti tinggi memerlukan satu timbunan najis gajah . Kaedah kitar semula najis menjadi kertas yang bermanfaat ini tidak hanya berlaku untuk najis gajah saja , tetapi boleh dipakai untuk haiwan pemakan rumput lain .

Di tahun 2005 , Creative Paper Tasmania sudah berjaya untuk mengubah najis kanggaru menjadi kertas dan alat tulis lain . Najis gajah tidak menghancurkan seluruh dedaunan yang mereka hadamkan , sehingga najis yang mereka keluarkan masih banyak mengandung serat . Dan serat – serta tersebut yang akan dibuat sebagai bahan asas kertas . Huraian ini menunjukkan bahawa mengubah najis haiwan menjadi kertas bukanlah usaha mustahil .

Keterangan yang diungkap oleh Ecology Global Network , penggunaan najis haiwan menjadi kertas akan menyumbang dalam penyelamatan lingkungan khususnya hutan . Keperluan kertas dunia mengalami peningkatan luar biasa , sebanyak 400 peratus dalam kurun waktu 40 tahun . Bermakna telah berlaku penebangan hutan sekitar 4 bilion pokok , atau kira – kira 35 peratus daripada jumlah keseluruhan hutan di dunia .

sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments