Murid Tersepit Pada Kerusi Jadi Trending Hari Pertama Persekolahan 2014

Murid Tersepit Kerusi Jadi Trending Hari Pertama Persekolahan 2014. Berbagai-bagai ragam pelajar yang dapat dirakamkan menjadi trending di laman sosial

Murid Tersepit Kerusi Jadi Trending Hari Pertama Persekolahan 2014 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi sekalian. Seperti yang kita ketahui, semalam dan juga awal tahun baru 2014 telah bermulanya sesi persekolahan baru 2014. Berbagai-bagai ragam pelajar yang dapat dirakamkan dan telah menjadi trending di laman sosial terutamanya facebook. Ikuti laporan penuh!

Semalam merupakan hari pertama untuk sesi persekolahan bagi tahun 2014 bagi sesetengah negeri, pelbagai ragam dan keletah murid-murid yang menarik perhatian lensa kamera.

Carian Sinar Harian Online di laman sosial Facebook mendapati ‘keterujaan serta kegembiraan’ murid yang baru memasuki alam persekolahan terselit dengan adegan ‘mencuit hati’ tak kurang juga yang mencemaskann.

Mana tidaknya tindakan segelintir murid yang dirakam lensa kamera dari seluruh pelusuk negara melihatkan pelbagai ragam. Ada yang menangis, tertidur, gembira malah ada yang tersepit di kerusi.

Benarkah gambar-gambar yang dikongsikan ini adalah senario sebenar, mungkin pembaca di luar sana ada jawapannya.

Kepada pembaca, sekiranya anda maklumat sahih mengenai ‘kejadian’ ini bolehlah berkongsi bersama kami.

Murid Tersepit Kerusi Jadi Trending Hari Pertama Persekolahan 2014. Berbagai-bagai ragam pelajar yang dapat dirakamkan menjadi trending di laman sosial

Dr Fuh – Tak kurang juga ramai yang membuat parodi terhadap gambar-gambar yang telah tersebar meluas di laman sosial. Serius kelakar. Hahaha!

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments