Mual! Peket Agar-agar ‘Perasa’ Cicak Laris Dijual

Mual! Peket Agar-agar ‘Perasa’ Cicak Laris Dijual

Mual! Peket Agar-agar ‘Perasa’ Cicak Laris Dijual | Di mana silapnya? Itulah yang perlu diajukan kepada pengedar bahan makanan apabila sebuah keluarga mendakwa menemui cicak mati dalam paket agar-agar yang dibelinya. Benar, manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Namun begitu, sebagai pihak pengedar ia perlu memastikan bahawa premis pembungkusan berada dalam keadaan yang bersih. Fuh.My tidak mengetahui siapakah pengedar bahan makanan tersebut kerana tidak dinyatakan oleh pengadu.

KUALA TERENGGANU – Hasrat sebuah keluarga menyediakan agar-agar koktel kepada tetamu majlis rumah terbuka mereka pada hari raya kelima, terbantut apabila melihat seekor cicak yang sudah kering di dalam sepeket agar-agar yang baru dibeli.

Kakitangan Pejabat Kesihatan Negeri, Mohd Azli Deraman, 36, berkata, ketika membeli agar-agar tersebut, dia tidak perasan cicak di dalam peket berkenaan, sehingga tiba hari mereka sekeluarga mahu menyediakan koktel tersebut.

“Pada mulanya, kami sekeluarga ingatkan objek berwarna hitam itu agar-agar yang terlalu kering sehingga menjadi hitam, tetapi apabila mengamatinya dengan teliti, saya mendapati ia seekor cicak.

“Terkejut dengan penemuan tersebut, saya terus buang tiga lagi peket agar-agar yang dibeli dengan jenama sama walaupun tidak mengandungi cicak kering dan menggantikannya dengan jenama lain untuk membuat koktel,” katanya kepada Sinar Harian.

Azli berkata, dia sekeluarga jarang membuat koktel kecuali jika ada majlis besar atau meraikan tetamu.

“Kejadian ini memberi pengajaran kepada kami sekeluarga supaya lebih berhati-hati ketika membeli terutama bahan makanan,” katanya.

Sumber

The following two tabs change content below.

Comments

comments

2 thoughts on “Mual! Peket Agar-agar ‘Perasa’ Cicak Laris Dijual”

  1. Mawardiyunus says:

    erkkkk mau hijau keluar nanti

  2. saya pun pernah ternampak satu bungkus kulit popia kat satu pasaraya konon save sangat la… ada sehelai rambut panjang dalam bungkusan tu. tak tahu macam mana tempat memproses dia kalau rambut macam tu punya jelas panjang lebar dorang boleh terlepas pandang.
    lekatlekitgurl recently posted…GAMBAR ANAK WAWA ZAINAL & ARIEL ZAFRELMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge