Movie Animation Park Studios Ipoh Pertama Di Asia

Movie Animation Park Studios Ipoh Pertama Di Asia. Movie Animation Park Studio pertama di Asia atau lebih dikenali sebagai MAPS akan dibagunkan di Ipoh

Movie Animation Park Studios Ipoh Pertama Di Asia | Movie Animation Park Studio atau lebih dikenali sebagai MAPS akan dibagunkan di ibu negeri Perak Darul Ridzuan iaitu Ipoh yang mana MAPS ini merupakan yang pertama dibina di benua ASIA.

Projek mega hasil kerjasama diantara Perak Corp Berhad dan Sanderson Group ini dijangka bakal siap pada penghujung tahun 2015. Kos bagi pembinaan MAPS ini adalah dalam lingkungan RM450 Juta dimana ainya merangkumi 6 Zon berbeza iaitu Animation Square, Fantasy Forest, Live Action, Blast Off, DreamWorks dan Lakeside Zone untuk memberikan kepuasan kepada para pelancong ketika mengunjungi MAPS.

Movie Animation Park Studios juga akan memperkenalkan watak animasi terkenal yang ada di televisyen seperti The Croods, Mega Mind, Mr Peabody and Sherman serta Casper the Friendly Ghost dan banyak lagi.

MAPS-3 Movie Animation Park Studios Ipoh Pertama Di Asia. Movie Animation Park Studio pertama di Asia atau lebih dikenali sebagai MAPS akan dibagunkan di Ipoh

Ipoh dipilih sebagai tapak bagi pembinaan Movie Animation Park Studios adalah kerana lokasinya yang sangat strategik dimana Ipoh merupakan perantara diantara Utara dan Selatan tanah air. Pembinaan MAPS ini bakal menjadikan Ipoh sebagai tempat persinggahan para pelancong yang dari Selatan ingin melancong ke Utara tanah air atau sebaliknya.

Disamping itu, lokasi MAPS yang dibina ini berhampiran dengan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang mana para pengguna PLUS pasti akan terlihat bangunan-bangunan MAPS yang tersergam indah dan menarik perhatian. Hal ini scara tidak langsung memberikan promosi percuma kepada MAPS sendiri.

Ipoh juga mempunyai kelebihan dari segi pengangkutan kerana mempunyai perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) yang mana pelancong dari yang ingin bergerak dari Kuala Lumpur boleh menggunakan perkhidmatan keretapi elektrik ini. Ianya sangat pantas dan menjimatkan masa.

MAPS yang dibangunkan di kawasan seluas lebih kurang 10 hektar ini bakal dibuka setiap hari. Penubuhan MAPS ini lebih memfokuskan pelancong dari Asia dimana ianya dikatakan bakal menarik lebih 500 juta pelancong dari Asia Tenggara manakala bagi seluruh Asia pula MAPS bakal menerima kunjungan lebih 2 billion pelancong.

Projek MAPS ini juga memberi kelebihan kepada penduduk sekitar Ipoh khususnya dan rakyat Malaysia umumnya dimana ianya bakal membuka lebih 10,000 peluang pekerjaan. Hal ini secara tidak langsung bakal meningkatkan ekonomi negara serta mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.

Bagi perancangan jangka masa panjang, MAPS juga akan mempunyai hotel, pangsapuri berperkhidmatan, ‘street mall’ dan taman air di kawasan seluas 10.8 hektar lagi di sekitar Bandar Meru Raya.

Sanderson Group merupakan sebuah syarikat yang sangat berpengalaman dalam mereka bentuk dan membina taman tema pastinya tidak akan menghampakan harapan rakyat Malaysia untuk menikmati taman tema yang sangat lain dari yang lain disamping merealisasikan hasrat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjadikan Perak sebagai destinasi pelancongan terulung di Malaysia.

Movie Animation Park Studios Ipoh Pertama Di Asia. Movie Animation Park Studio pertama di Asia atau lebih dikenali sebagai MAPS akan dibagunkan di Ipoh

Sebagai maklumat, penghujung bulan Mac lalu, Datuk Seri Dr Zamry telah hadir ke Hotel Casuarinia @ Meru bagi merasmikan majlis pecah tanah menandakan bermulanya kerja-kerja pembangunan projek Movie Animation Park Studios di Bandar Meru Raya, Ipoh Perak.

Dr Fuh – Semoga projek mega Movie Animation Park Studios, Ipoh ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta berjalan lancar disamping dapat meningkatkan ekonomi negeri Perak khususnya dan ekonomi Malaysia umumnya.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments