Misteri Mayat Ditemui Dalam Keadaan Sempurna Selepas 48 Jam Hilang

Misteri Mayat Ditemui Dalam Keadaan Sempurna Selepas 48 Jam Hilang mayat mangsa ditemui dalam keadaan sempurna dan seolah-olah baru sahaja meninggal dunia.

Tidak mustahil apabila Allah mahu memelihara mayat kita, ini kerana kita sendiri telah memelihara hubungan kita dengan Allah. Mayat yang sudah 48 jam dihanyut air pun boleh dijumpai dalam keadaan sempurna, mungkin dia menjaga hubungan dia dengan Allah, jom kita ikuti kisah :

Misteri Mayat Ditemui Dalam Keadaan Sempurna Selepas 48 Jam Hilang | TELUK BAHANG – Walaupun lebih 48 jam dihanyutkan air namun mayat mangsa lemas, Ku Muhammad Ilyas Ku Abdul Halim ditemui dalam keadaan sempurna dan seolah-olah baru sahaja meninggal dunia.

Misteri Mayat Ditemui Dalam Keadaan Sempurna Selepas 48 Jam Hilang

Mayat Ku Muhammad Ilyas, 19, ditemui dalam keadaan terlangkup oleh pasukan Bomba dan Penyelamat kira-kira jam 4 petang semalam, dua batu nautika ke arah timur berhampiran Pantai Muka Head dari lokasi dia dikatakan lemas.

Selain masih lagi berpakaian, mayat anak ketiga daripada tujuh beradik itu ditemui dalam keadaan baik dan tidak kembung.

Dalam kejadian Sabtu lalu, Ku Muhammad Ilyas hilang selepas dipercayai lemas bersama empat lagi rakannya ketika sedang mandi di Pantai Kerachut.

Namun dua rakannya berjaya diselamatkan orang awam yang berada di pantai berkenaan dan kini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang manakala dua lagi rakannya ditemui maut masing-masing pada Sabtu lalu dan kelmarin.

Bapa mangsa, Ku Abdul Halim Ku Taha, 53, yang setia menunggu di bilik operasi bersyukur dengan penemuan mayat anaknya.

Menurutnya, dia reda dengan semua ketentuan ALLAH dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus mencari mayat anaknya selain semua pihak yang sentiasa berdoa dan
melakukan solat hajat sehingga mayat anaknya dipertemukan semula.

“Dengan berkat doa dan usaha semua pihak, akhirnya ALLAH dah temukan kembali anak saya.

“Selepas semua urusan selesai, jenazah dikebumikan di kampung kami di Kubang Ulu, Penanti, Bukit Mertajam,” katanya.

Ditanya mengenai amalan anaknya selama ini, Ku Abdul Halim yang merupakan guru agama berkata, anaknya itu sering membaca ayat-ayat al-Quran selain menghafaz surah-surah panjang.

“Arwah selalu membaca al-Quran dan dia juga menghafaz dan sering membaca surah Yasin, Sejadah dan Duha.

“Selain itu dia sering melakukan solat tahajud. Sebagai bapa saya berharap dia diberi rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, Inspektor Mohd Zin Mat Ali berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat dihentikan dan operasi Taman Negara yang dihentikan sejak kelmarin akan dibuka seperti biasa selepas ini.

Menurutnya, dalam operasi yang dijalankan selama tiga hari itu melibatkan seramai 78 anggota penyelamat dari pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim).

“Sebanyak sembilan bot dan dua helikopter digunakan dalam operasi ini.

“Malah operasi Taman Negara yang dihentikan sejak operasi mencari ini bermula juga kembali dibuka seperti biasa selepas ini,” katanya.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments