Misteri Kubur Tempayan Berusia 200 Tahun

Misteri Kubur Tempayan Berusia 200 Tahun. Malah, kerana saiznya yang panjang ia dikenali sebagai Kubur Tok Panjang, namun yang menjadi perhatian..

Misteri Kubur Tempayan Berusia 200 Tahun | Di terengganu terdapat banyak benda benda atau barang barang pra sejarah, antaranya batu bersurat dan lain lain. Yang terbaru Kubur Tempayan yang berusia lebih 200 tahun. Apakah Misteri Kubur Tempayan Berusia 200 Tahun? Jom ikut berita penuh :

Misteri Kubur Tempayan Berusia 200 Tahun

HULU TERENGGANU – Kewujudan sebuah kubur sepanjang empat meter dipercayai berusia lebih 200 tahun di kawasan tanah perkuburan lama berhampiran Sungai Terengganu, dekat Kampung Tapu, di sini, sehingga kini masih menjadi tanda tanya kepada penduduk.

Malah, kerana saiznya yang panjang ia dikenali sebagai Kubur Tok Panjang, namun yang menjadi perhatian, terdapat sebiji tempayan berada di tepi kubur berkenaan.

Difahamkan, kubur terbabit didakwa milik seorang pedagang yang datang berniaga ketika era kegemilangan Kuala Berang sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan utama suatu masa dahulu.

Bekas Ketua Kampung Tapu, Ahmad Salleh, 79, berkata, identiti sebenar pemilik kubur panjang itu tidak diketahui dan kerana saiznya yang panjang menyebabkan ada segelintir individu menjadikannya tempat memohon hajat.

“Dulu, ada orang minta nombor ekor dan macam-macam hajat di Kubur Tok Panjang ini. Ada juga datang ambil air daripada tempayan di tepi kubur ini untuk buat minum kerana dikatakan dapat ubati sakit tertentu seperti sakit kepala. Sejauh mana kebenarannya, saya tidak pasti.

“Malah, cerita di sebalik kewujudan tempayan di tepi kubur ini juga saya tidak tahu walaupun ada yang mengatakan ia diletakkan individu yang datang memohon hajat,” katanya.

Bagaimanapun Ahmad berkata, perbuatan khurafat itu tidak lagi berlaku sejak lebih 20 tahun lalu kerana tanah perkuburan berkenaan sering dibersihkan, selain terdapat rumah penduduk dibina di kawasan berhampiran.

Pengerusi JKKK Tapu, Mat Bidin Abdullah berkata, sekitar 10 tahun lalu pihak berkaitan iaitu Muzium Negeri pernah datang melihat kubur berkenaan, namun beliau tidak pasti perkembangan daripada hasil lawatan tersebut sama ada kubur terbabit mempunyai nilai sejarah ataupun tidak.

“Walaupun pernah dengar cerita pelik mengenai Kubur Tok Panjang ini, tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya. Cuma hanya sekali berlaku depan mata dan mungkin ia kebetulan sahaja,” katanya.

Bercerita lanjut, Mat Bidin berkata, kejadian berlaku sekitar 1990-an ketika selesai menguruskan pengebumian seorang saudara apabila sebuah kereta milik saudara yang lain gagal dihidupkan walaupun hampir 15 minit mencuba.

“Sebelum itu saudara saya itu bergurau mahu mengambil tempayan di Kubur Tok Panjang. Selepas teringat gurauannya itu, dia pergi semula ke Kubur Tok Panjang dan beritahu tidak jadi berbuat demikian dan apabila kembali ke keretanya, terus enjin dapat dihidupkan,” katanya.

Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments