Misteri Kehilangan Pakaian Dalam Wanita Akhirnya Terungkai

pakaian-dalam-hilang.jpg

Misteri Kehilangan Pakaian Dalam Wanita Akhirnya Terungkai | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi. Tadi Dr Fuh ada terbaca satu artikel yang boleh dikatakan agak lucu dimana pakaian dalam seorang wanita dikatakan seringkali hilang rupanya akibat dicuri oleh jirannya sendiri. Ikuti laporan penuh yang Dr Fuh petik dari laman Harian Metro Online.

Misteri kehilangan pakaian dalam milik seorang remaja perempuan yang dijemur di ampaian rumahnya di Taman Suria di sini, terjawab selepas perbuatan tidak bermoral itu dilakukan jirannya sendiri.

Dalam kejadian terbaru, penghuni rumah berkenaan dikejutkan dengan bunyi salakan anjing pada jam 3.30 pagi menyebabkan bapa mangsa keluar memeriksa keadaan di luar kawasan rumah sebelum mendapati beberapa helai pakaian dalam anak perempuannya hilang.

Menurut sumber, bapa mangsa kemudiannya meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lalu mendapati jirannya masuk untuk mencuri pakaian itu.

“Kes kecurian pakaian dalam milik anak perempuannya sudah kali keempat berlaku menyebabkan bapa mangsa terpaksa membuat laporan polis agar individu terbabit tampil menyerah diri, “katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 447/379 Kanun Keseksaan.

Dr Fuh – Adoilaaa. Macam tu pon ada? Tapi memang bahaya orang psycho macam ni. Harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perkara-perkara tidak diingini berlaku.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge