Misteri Kanak-Kanak Khinzir Yang Masih Belum Terungkai. Benarkah?

du-07-1_62.jpg

Misteri Kanak-Kanak Khinzir Yang Masih Belum Terungkai. Benarkah? | Kejadian seekor khinzir melahirkan anak yang memiliki tubuh separuh manusia menggemparkan masyarakat antarabangsa terutama di kalangan doktor. Sebaik sahaja berita ini disebarkan secara meluas, ramai di kalangan doktor dari Amerika Syarikat dan Kanada dikejarkan ke bekas negara Soviet Union itu untuk memeriksa bayi lelaki yang memiliki tubuh separuh khinzir dan separuh manusia itu.

Anak khinzir yang dinamakan Alexander, seberat 3 kg dan mempunyai muncung serta rambut seperti bulu khinzir. Sepasang kakinya adalah normal dan tangannya menyerupai tangan binatang (kaki). Kajian baka menunjukkan bayi itu memiliki kromosom manusia dan khinzir. Dia mempunyai otak manusia dan adakala menangis seperti bayi normal tetapi ada kalanya dia mendengus seperti khinzir di dalam kandang.

Menurut laporan, anak khinzir itu dilahirkan hasil ujikaji genetik ganjil yang dijalankan oleh penternak khinzir, Yuri Tenchin yang menyuntik air mani manusia pada dua ekor khinzir. Ujikaji aneh yang dibuat enam bulan lalu itu berjaya membuatkan seekor khinzir melahirkan bayi khinzir perempuan tetapi mati ketika dilahirkan.

Menurut Tenchin, dia menjalankan ujikaji itu untuk membaiki baka mutu khinzir. Dia mahu menghasilkan spesis khinzir yang mampu menjaga diri mereka sendiri.

Ujian genetik ini menimbulkan kemarahan pemimpin agama kerana manusia tidak berhak campur tangan dalam urusan Tuhan.

Beberapa pakar dari Amerika dan Kanada bagaimanapun berpendapat kewujudan bayi khinzir itu mungkin berpunca daripada kesan radioaktif yang menyelaputi Ukraine selepas kejadian kebocoran kilang nuklear Chernobyl pada April 1986.

Menurut pakar radiasi, dia tidak fikir dalam apa cara kebetulan sekalipun ia boleh terjadi. Ini kerana Alexander dilahirkan di bandar Slavutich, 160km dari reaktor Chernobyl.

Adalah mustahil seekor khinzir boleh mengandungkan anak manusia. Alexander dilaporkan lebih gembira menjalani kehidupan sebagai seekor khinzir daripada seorang bayi. Dia gemar bergelumang dengan lumpur dan mengotori makanannya.

Nauzubillah Min Zalik

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

9 thoughts on “Misteri Kanak-Kanak Khinzir Yang Masih Belum Terungkai. Benarkah?”

  1. muja says:

    weh fuh,,, bila nak buang like box tu,, cukup ramai dah kot,, grrr,, manjang kena tunggu,, cek tacim ni,, kih3,, btw,, aku harap aku tak jumpa budak ni,, takut aku,, kalau tersentuh tak tahu kena samak ke tak,, kih3
    muja recently posted…My Best Friend Forever, Zulaikha 😀My Profile

    1. jojo says:

      kalau pegang awek/pakwe ang xtakut pulak ?

  2. amir zahari says:

    kene samak ke tak agaknya kalau tersentuh budak ni?
    amir zahari recently posted…Usain Bolt Ke Garisan Penamat Disertai Dengan Sang KilatMy Profile

  3. wawa says:

    tipu je ni..dah cari kat website lain xde pon..nmpak sgt gambar tu edit.kalau betul ada research yang dilakukan mesti ada website lain yang ulas pasal benda ni jugak.especially website foreigners

  4. vcore says:

    akibat radioaktif?

  5. Kalau benda nie betul pun saya x hairan.. Akhir zaman nie banyak benda pelik yg berlaku…
    Aniqbukhary32 recently posted…T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAYMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge