Misteri Ghost Town Bandar Mati Dihujung Dunia

Misteri Ghost Town Bandar Mati Dihujung Dunia

Misteri Ghost Town Bandar Mati Dihujung Dunia | Pyramiden ialah sebuah bandar di Lautan Artik, yang terletak di Kepulauan Svalbard, Norway. Bandar ini digelar ‘ghost town at the end of earth’ atau bandar mati di hujung dunia.

Pyramiden, nama tersebut berasal dari sebuah gunung yang bentuknya seperti piramid. Tapi bukan itu yang menjadi daya tarikannya. Pyramiden disebut-sebut sebagai bandar di hujung Planet Bumi.

Misteri Ghost Town Bandar Mati Dihujung Dunia2 Misteri Ghost Town Bandar Mati Dihujung Dunia3 Misteri Ghost Town Bandar Mati Dihujung Dunia4

Dipetik dari News Australia, lokasi Pyramiden sangat hampir dengan Kutub Utara, jaraknya hanya 130 km sahaja. Bandar ini mula didiami oleh penduduk Sweden pada tahun 1910 . Kemudian negara tersebut menjualnya ke Kesatuan Soviet pada tahun 1927.

Pyramiden bukan hanya sebuah bandar saja. Di sini boleh ditemui lombong batu arang milik Soviet. Tetapi, lombong batu arang diberhentikan dan ditinggalkan penduduknya pada tahun 1998.

Misteri Ghost Town Bandar Mati Dihujung Dunia5 Misteri Ghost Town Bandar Mati Dihujung Dunia6 Misteri Ghost Town Bandar Mati Dihujung Dunia7 Misteri Ghost Town Bandar Mati Dihujung Dunia8

Sejak itulah, Pyramiden bagaikan sebuah kota mati. Perumahan dan bangunan-bangunan di sana tidak ada lagi yang tinggal. Beberapa banggunannya telah runtuh.

Meskipun begitu, masih ada beberapa orang yang tinggal di Pyramiden. Bahkan, di sana juga terdapat seorang pemandu pelancong. Kini bandar lombong batu arang tersebut menjadi destinasi pelancongan!

Pelancong boleh datang dan melawat Pyramiden. Di sebalik bangunan-bangunan dan perumahan di sana, terpampang pemandangan cantik dan indah. Bandar ini dikelilingi oleh gunung salji dan sering diselubungi awan tebal.

Misteri Ghost Town Bandar Mati Dihujung Dunia10 Misteri Ghost Town Bandar Mati Dihujung Dunia9

Namun, ada satu larangan bagi para pelancong. Mereka tidak dibenarkan memasuki bangunan atau bangunan lain tanpa izin pemandu. Jadi, bagi anda yang melancong ke sana dilarang masuk ke bangunan atau rumah-rumah sesuka hati. Pekara ini demi alasan keselamatan.

Tahun 2013 , jumlah kunjungan pelancong ke Pyramiden mengalami peningkatan drastik. Bahkan, sebuah hotel di sana bakal kembali dibuka untuk pelancong tanpa mengubah banggunan asalnya. Jika ingin ke Pyramiden anda boleh melalui Longyearbyen, ibu negara Svalbard.

sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments