Misteri Cendawan Bercahaya Pada Waktu Malam

Misteri Cendawan Bercahaya Pada Waktu Malam

Misteri Cendawan Bercahaya Pada Waktu Malam | Pernahkah anda melihat tanaman yang unik seperti tanaman cendawan yang satu ini .

Orang yang tidak tahu mungkin awalnya bakal menganggap sebagai hantu saat melihatnya . Cendawan tertentu , yang tentu saja hidup di tempat – tempat yang lembab , dapat tumbuh dan menyala dalam kegelapan .

Beberapa jenis cendawan yang tumbuh di hutan tropika Taman Pelancongan Nasional Lembah Ribeira , berhampiran Sao Pulo , Brazil mengeluarkankan cahaya saat sekitarnya gelap . Cendawan – cendawan tersebut mempunyai kemampuan bioluminescent kerana reaksi kimia di tubuhnya menghasilkan cahaya berwarna hijau .

Cendawan – cendawan yang ditemui di Brazil itu termasuk dalam genus Mycena . Di seluruh dunia terdapat kira-kira 500 jenis cendawan yang masuk ke dalam spesis ini , tapi hanya 33 peratus yang mempunyai kemampuan bioluminescent .

Misteri Cendawan Bercahaya Pada Waktu Malam2 Misteri Cendawan Bercahaya Pada Waktu Malam3 Misteri Cendawan Bercahaya Pada Waktu Malam4

Ada lebih dari 10 jenis cendawan bioluminescent yang baru ditemui di Brazil sejak 2002 , empat di antaranya merupakan spesies cendawan yang belum diketahui sebelumnya . Penemuan ini merupakan hasil kajian yang dilakukan Cassius Stevani , profesor kimia daripada Universiti Sao Paulo , Dennis Desjardin , profesor ilmu cendawan dari Universiti Negeri San Francisco California , dan Marina Capelari dari Institut Botani Brazil .

” Penemuan ini telah menambah jumlah cendawan bercahaya , yang diketahui sejak 1970 – an , menjadi 30 peratus lebih banyak , ” ujar Stevani .

Anda boleh tertarik dengan cendawan – cendawan yang boleh menyala dalam gelap tersebut kerana cendawan – cendawan tersebut memang indah dan luar biasa .

sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments