Michael Schumacher Dilaporkan Takkan Bangun Dari Koma

Michael Schumacher Dilaporkan Takkan Bangun Dari Koma. kecederaan teruk akibat kemalangan ketika sedang bermain ski di pusat peranginan Pergunungan Alps,

Berita tergempar, bagi peminat peminat F1 wajib mengenali pelumba yang handal ini, Micheal Schumacher. Khabarnya dia tidakkan akan bangun dari koma, nak tahu sebabnya?

Michael Schumacher Dilaporkan Takkan Bangun Dari Koma | KEADAAN juara Formula Satu dunia tujuh kali, Michael Schumacher dilaporkan berbahaya sekiranya ditinggalkan dalam keadaan vegetatif berterusan walaupun keluarganya masih mengharapkan wira nombor satu itu sembuh seperti sedia kala.

Michael Schumacher Dilaporkan Takkan Bangun Dari Koma

Lagenda F1 Jerman berusia 44 tahun itu berada dalam keadaan koma selepas kepalanya mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan ketika sedang bermain ski di pusat peranginan Pergunungan Alps, Perancis, pada Disember lalu.

Menurut laporan Mirror, walaupun keadaan Schumacher stabil, doktor bimbang sekiranya kerosakan otak Schumacher akan menyebabkan beliau mengalami sindrom Apalik.

Laporan itu menyebut, walaupun jika doktor berjaya menyedarkan Schumacher daripada koma, beliau masih tidak dapat bercakap, bergerak atau makan sendiri.

Koma yang dialami Schumacher memerlukan masa untuk sembuh.

Walaupun keluarga dan rakan-rakan Schumacher memberikan sokongan moral, mereka tidak dapat menyembunyikan kebimbangan mereka bahawa keberangkalian Schumacher untuk sembuh adalah tipis, laporan itu menambah.

Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments