MH370 – 122 Objek Dikesan Di Lautan Hindi Melalui Data Imej Satelit

MH370 - 122 Objek Dikesan Di Lautan Hindi Melalui Data Imej Satelit. satelit Airbus UK mengesan 122 objek berukuran antara semeter hingga 23 meter panjang

MH370 – 122 Objek Dikesan Di Lautan Hindi Melalui Data Imej Satelit | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi sekalian. Walaupun Pesawat MH370 Disahkan Hilang Di Lautan Hindi beberapa hari lepas, namun misi mencari dan menyelamat masih diteruskan oleh SAR.

Terbaru 25 Mac 2013 lepas satelit Airbus UK mengesan 122 objek berukuran antara semeter hingga 23 meter panjang dan kelihatan bersinar, kemungkinan ia bahan keras di kedudukan 2,557 kilometer dari Perth.

“Perancis, China dan Australia sudah keluarkan data imej satelit yang BERKEMUNGKINAN ada kaitan dengan pesawat MH370.

“Semalam 25 Mac, Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) terima data imej terbaru dari satelit Pertahanan dan Angkasa Airbus UK yang berpangkalan di Perancis di mana imej berkenaan dikesan pada 23 Mac.

“MRSA sudah analisis objek berkenaan… di satu kawasan di Lautan Hindi seluas 400 kilometer persegi yang mana 122 objek dikesan di kawasan berkenaan.

“Sebahagian objek berukuran semeter panjang dan ada yang berukuran 23 meter panjang. Ia kelihatan bersinar, kemungkinan bahan keras,” katanya pada sidang media harian MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Hishammuddin berkata, MRSA dengan segera menghantar laporan berkenaan kepada Pusat Koordinasi Kecemasan Australia di Perth semalam, namun tidak dapat disahkan objek berkenaan ada kaitan dengan MH370.

“Bagaimanapun, ia adalah petunjuk baharu dalam misi mencari bangkai pesawat MH370,” katanya. – BH

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments