Mesti Tahu!! 10 Jenis Orang Islam Yang Dianggap Kejam

Mesti Tahu!! 10 Jenis Orang Islam Yang Dianggap Kejam, artikel Islamik berkenaan orang yang dianggap kejam dalam Islam

Mesti Tahu!! 10 Jenis Orang Islam Yang Dianggap Kejam | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi. Hari ni Dr Fuh nak share satu artikel Islamik berkenaan orang yang dianggap kejam dalam Islam. Kadang-kadang kita tak sedar akan perkara ini tetapi banyaknya bukan tak sedar, tapi saja buat tak endah akan hal ini. Sama-sama kita renungi, semoga memberi manfaat buat kita semua. In Shaa Allah

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

Wallaualam

Dr Fuh – Semoga perkongsian artikel ini ini berguna buat semua. In Shaa Allah

Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments