Mesti Baca! Kesan Sampingan Pemakaian Tuala Wanita

Picture31.jpg

Rayon yang telah diproses menjadi putih

Mesti Baca! Kesan Sampingan Pemakaian Tuala Wanita

Mesti Baca! Kesan Sampingan Pemakaian Tuala Wanita | Bahaya tuala wanita sudah sekian lama kita tahu, tapi hari ini, Puteri kongsikan satu artikel yang Puteri baca di SINI untuk peringatan kepada diri Puteri sendiri dan juga kepada semua wanita di luar sana. Cegah sebelum terlambat. Jom sama-sama kita baca =)

Tuala wanita atau pad bersifat sebagai bahan penyerap yang digunakan oleh wanita apabila datang haid, darah nifas, selepas keguguran atau menjalani pembedahan anggota peranakan untuk menyerap darah yang keluar dari faraj.

Kebanyakan tuala wanita yang biasa diguna pakai adalah tuala pakai-buang dan diperbuat daripada kapas serta rayon. Bahan yang ada di tengah-tengah tuala jenis ini mempunyai daya serapan yang kuat dan akan bertindak menjadi gel apabila ia menyerap cecair. Ramai tidak menyedari bahawa bahan berwarna putih itu mengandungi banyak bahan kimia semasa ianya diproses dan juga penyebab kenapa ada sesetengah wanita terpaksa menghadapi masalah alahan dan keradangan pada bahagian vulva serta faraj.

Mesti Baca! Kesan Sampingan Pemakaian Tuala Wanita

Berikut disenaraikan beberapa kesan sampingan yang mungkin terjadi akibat pemakaian tuala wanita

1. Alahan kepada bahan kimia yang ada pada tuala wanita boleh terjadi tanpa mengira tempoh pemakaian sama ada jangka masa pendek atau lama. Ia digelar `irritant contact dermatitis’ atau keradangan pada kulit. Simptom utama adalah gatal, rasa panas terbakar dan bengkak pada alat kelamin. Tanda seperti ruam yang kadangkala berair, kulit merah dan melecet dan lelehan faraj berlebihan juga kesan alahan.

2. Radang pada alat kelamin iaitu sekitar vulva akibat sensitiviti terhadap bahan terkandung pada tuala wanita dipanggil `vulvitis’. Tandanya adalah rasa tidak selesa, panas pada kulit luar dan mungkin kegatalan. Radang boleh terjadi jika pemakai memakai tuala wanita dalam jangka masa lama.

3. Melecet pada kulit luar alat kelamin akibat geseran antara tuala dan kulit semasa berjalan atau bergerak. Situasi ini mudah berlaku sekiranya anda tergolong dalam kategori kulit kering. Tanda yang timbul ialah rasa sakit atau tidak selesa dan pedih apabila terkena air.

4. Jangkitan kuman di vulva dan vagina yang serius. Jangkitan virus ini juga boleh menyebabkan kanser rahim!

P/S : Memakai tuala wanita terlalu lama menyebabkan bakteria membiak dengan cepat dan banyak di atas tuala wanita seterusnya mengakibatkan jangkitan pada vulva dan vagina. Sekiranya berpanjangan, jangkitan kulat mungkin terjadi. Kesimpulannya, kaum wanita diluar sana dinasihatkan supaya menitikberatkan kesihatan dan kebersihan sistem repoduktif masing-masing. Tuala wanita harus ditukar secara kerap terutama jika ianya sudah dipenuhni dengan darah kotor yang keluar. Sekurang-kurangnya tukar setiap tiga atau empat jam sekali.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

4 thoughts on “Mesti Baca! Kesan Sampingan Pemakaian Tuala Wanita”

  1. moral of the story apa benda pun ada effect bagi yang malas. Pakai pad sampai 1 hari 1 malam tak tukar2 memang la akan menyebabkan jangkitan kuman. Kebersihan tu penting. Kalau nak selamat lagi buat macam orang dulu2 pakai kain.. lepas cuci keringkan.. pakai balik. Tapi ada ke yang sanggup buat di zaman sekarang
    lekatlekitgurl recently posted…BLOGGER JUTAWAN JALANKAN AKTIVITI PELACURANMy Profile

    1. Salam sejahtera, atas dasar perihatin dengan topic ini dan adanya kaitan dengan diri saya sendiri (KETUMBUHAN, BARAH PANGKAL RAHIM), saya ingin share pengalaman dan penemuan muktakhir saya. Melalui searching di internet, saya jumpa tuala wanita (TW) bermutu tinggi diperbuat dari Kapas Tulin, kadar serapan 5x ganda, (gel extract tumbuhan), anti bacteria, anti bau untuk mengantikan TW biasa yg beracun/TOKSIK, cuba anda buat carian “lovemoon”, disana banyak info dan testimony tentang TW yg di guna seluruh dunia. Saya telah mengimport sendiri TW ini untuk kegunaan keluarga dan kawan2, Produk yg sama tapi tak sampai separuh harga dari harga pasaran online. Sesiapa yg berhajat nak mencuba demi kesihatan bersama silalah berhubung dengan Dr Fuh, moga Dr boleh memberi keizinan anda semua menghubungi saya melalui Dr. Mohon Dr Fuh sebarkan maklumat ini kerana “penyakit kewanitaan ” ini telah mengakibatkan kita kehilangan orang-orang yg kita sayansi. Sekian

      1. World WarZ says:

        Ini bukan masalah tuala wanita yang diperbuat daripada bahan apa tapi perkara ini berkaitan dengan kebersehan, maksudnye semasa tengah haid anda disaran tukar pad dengan kerap supaya sentiasa selesa dan sihat.
        Ada wanita memakai tampon tapi biarkan kat dalam lama lama terlupa cabut kahkahkah.., bukankah bahaya tu dan ada pulak yang pakai pad sampai penuh kembang baru nak tukar.
        Maka ini lah isunye iaitu kebersehan tetapi bukan pad atau tampon yang diperbuat daripada bahan nadir bumi hahaha..

  2. Mr.ReVMon says:

    uishhh..bahaya jugak tu rupe nya
    Mr.ReVMon recently posted…[HOT] Adakah Menteri-Menteri di Malaysia Sedar Semua Ni???My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge