Allahu Rabbi! Mayat Rentung Tanpa Kepala Ditemui Di Bentong

mayat-rentung.jpeg

Allahu Rabbi! Mayat Rentung Tanpa Kepala Ditemui Di Bentong

Bentong: Satu mayat ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila bukan saja rentung, malah kepalanya sudah bercerai dari badan manakala kedua-dua tangan dan kakinya hilang di kawasan belukar berhampiran bulatan menuju ke Stesen Kereta Kabel Genting Highlands, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor, berkata mayat mangsa yang belum dikenal pasti identitinya ditemui orang awam yang menggunakan laluan berkenaan sebelum memaklumkan polis kira-kira jam 6.30 petang.

“Pengadu membuat laporan ternampak sesuatu dalam keadaan terbakar dalam belukar itu lalu berhenti untuk memeriksanya.

“Sebaik melihat mayat berkenaan yang bahagian kepalanya sudah terpisah dari badan, pengadu berpatah balik sebelum membuat laporan di balai polis berhampiran,” katanya.

Menurutnya, ketika anggota polis tiba di tempat kejadian, mayat itu masih dalam keadaan terbakar.

Mayat rentung tanpa kepala, kes pembunuhan kejam, kisah ngeri, jenayah berat, kisah pembunuhan kejam dan ngeri, kezaliman umat manusia, kepala putus, kejam!

“Pemeriksaan awal mendapati mayat itu tidak dapat dikenal pasti jantinanya, malah tiada pengenalan diri dan polis menjalankan siasatan untuk mengesan identiti mangsa.

“Sepasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dihantar ke lokasi kejadian bagi memeriksa mayat berkenaan yang dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dibuang dan dibakar ke kawasan belukar itu,” katanya. – myMetro

Dr Fuh – Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkau lindungilah kami dari sebarang mala petaka, kekejaman dan juga kezaliman manusia yang tidak berhati perut. Engkau berikanlah petunjuk kepada mereka-mereka yang telah terpesong dari ajaran Mu Ya Allah.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

10 thoughts on “Allahu Rabbi! Mayat Rentung Tanpa Kepala Ditemui Di Bentong”

  1. mintak jauh dari kematian yg mengerikan.
    Carlos Santiago recently posted…BAN Kekuatan – Ice Cream Susu Payudara, Ko Nak Makan ?My Profile

    1. kucinghitam says:

      semenjak nie bayak lak kes bunuh ngeri
      kucinghitam recently posted…IBU ALMY NADIA PATAH TULANG, RUMAH TERBAKARMy Profile

  2. Ummar Farouk says:

    Sungguh menakutkan bila kita dengar berita pasal pembunuhan kejam… Memang sadis… Semoga kita terhindar daripada kekejaman manusia yang rakus seperti binatang…
    Ummar Farouk recently posted…Konflik Di Syria Telah Berjangkit Ke LebanonMy Profile

    1. kucinghitam says:

      banyak yg melibatkan warga asing hmmmm
      kucinghitam recently posted…IBU ALMY NADIA PATAH TULANG, RUMAH TERBAKARMy Profile

  3. Malaysia sekarang hari2 dengar orang bunuh orang. Penjenayah sekarang kebal. Undang2 dah takde jaminan keselamatan sebab orang dah tak heran dengan undang2. Ramai penjenayah yang masih bebas kat luar sana.. Ya Allah lindungilah kami semua dari kejahatan manusia,jin & syaitan. Hidup dan mati kan kami dalam keadaan sempurna. Jauhkan kami dari segala malapetaka. Amin

    Info >>RAKYAT MALAYSIA KENA TAHU PASAL NI
    suria lekatlekit recently posted…DUNIA POLITIK! DEPA RILEX MINUM KOPI TAPI HANGPA TELAN GIGIMy Profile

    1. kucinghitam says:

      polis kena selalu bt ronda bkn selalu singgah makan

  4. dahlah bunuh, bakar, hum apa lagi kerat-kerat badan orang tu… derang tu x tahu ke… skrg ni zaman dah cangih.. derang cincang halus macam mana pun, boleh dikesan dgn dna.. hurm kita semua kena hati-hati ok

    1. kucinghitam says:

      nasib dia xmakan macam bbq tue hmmmm

  5. nabila biela says:

    ishhh ngerinyaaa
    nabila biela recently posted…5 Penemuan Aneh Yang Menggemparkan DuniaMy Profile

  6. vcore says:

    kejam sungguh.tidak berperikemanusiaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge