Mayat Ini Ditanam Bersama Motosikal Berkuasa Tinggi Miliknya

Mayat Ini Ditanam Bersama Motosikal Berkuasa Tinggi Miliknya. Perkara seumpama ini jrang-jarang dapat kita lihat dalam dunia ini. Namun, perkara pelik

Mayat Ini Ditanam Bersama Motosikal Berkuasa Tinggi Miliknya | Pelik! Ingat tak sebelum ni Dr Fuh pernah share artikel tentang lelaki tanam kereta untuk kegunaan selepas mati? Kali ni lagi pelik apabila seorang mayat dikatakam ditanam bersama-sama dengan motosikalnya.

Perkara seumpama ini jrang-jarang dapat kita lihat dalam dunia ini. Namun, perkara pelik ini dilakukan oleh sebuah keluarga di Ohio, Amerika Syarikat, kerana lelaki tersebut (si mati) mahukan dia dikebumikan bersama-sama motosikal kesayangannya jika meninggal dunia.

Oleh yang demikian, keluarganya memenuhi permintaan istimewa lelaki tersebut agar membolehkan dia menunggang motosikal Harley-Davidson yang disayanginya buat kali terakhir sebelum dikebumikan.

Mayat Ini Ditanam Bersama Motosikal Berkuasa Tinggi Miliknya. Perkara seumpama ini jrang-jarang dapat kita lihat dalam dunia ini. Namun, perkara pelik

Mayat Billy Standley yang meninggal dunia Ahad (2 Februari 2014) lalu dilihat memakai jaket kulit dan berkaca mata hitam sambil menunggang model Electra Glide keluaran 1967 itu di dalam keranda yang ditutupi kaca lutsinar. Mayat Standley, 82, yang mati akibat kanser paru-paru dapat dilihat dengan jelas menerusi keranda istimewa itu.

Selama bertahun-tahun dia memberitahu keluarga dan rakan yang dia bukan saja mahu menunggang motosikal ke ‘syurga,’ tetapi turut mahu orang lain melihatnya melakukannya. Dia membuat persediaan untuk upacara pengebumiannya dengan membeli tiga lot tanah bersebelahan kubur isterinya, Lorna agar kawasan itu dapat memuatkan keranda besarnya yang unik itu.

Anak lelakinya, Pete dan Roy kemudian mereka keranda daripada kaca lutsinar yang dilengkapi dengan kayu dan logam di bahagian bawahnya. Bagi memastikan Standley tidak terjatuh di sepanjang perjalanan, mayatnya diampu dengan pendakap dan tali pengikat.

“Kami pernah melakukan sesuatu yang istimewa tetapi tidak sampai ke peringkat sebegini,” kata Tammy Vernon pekerja rumah mayat.

Mayat Ini Ditanam Bersama Motosikal Berkuasa Tinggi Miliknya. Perkara seumpama ini jrang-jarang dapat kita lihat dalam dunia ini. Namun, perkara pelik

“Standley meminta dia dikebumikan bersama motosikalnya dan kami gembira untuk membantu,” katanya. Keluarga Standley menyokong penuh rancangan pengebumiannya dan berhasrat untuk mempamerkan keranda berkenaan yang disimpan di garaj kediaman mereka selama lima tahun kepada orang ramai.

Biarpun agak pelik, namun situasi begini boleh dikatakan penciptaan agak kreatif kerana keranda seumpama ini mungkin belum pernah diadakan di mana-mana tempat di dunia ini. – Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments