Mayat Di Kubur Lambai Tangan Kepada Wanita Minta Diselamatkan (Video)

kubur-mayat.jpg

Mayat Di Kubur Lambai Tangan Kepada Wanita Minta Diselamatkan (Video) | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca yang Dr Fuh kasihi dan hormati sekalian. Kisah ni memang agak seram. Video juga disediakan. Jom Check It Out!!

BRAZIL – Seorang wanita yang melawat pusara keluarganya di Sao Paulo terkejut selepas melihat `mayat’ hidup yang melambaikan tangan kepadanya dari dalam kubur.

Jelas wanita berkenaan, dia amat terkejut selepas mendengar bunyi bising di kubur bersebelahan.

“Saya amat takut kerana menyangka melihat hantu yang cuba keluar dari dalam kubur dan melambai serta menggerakkan tangannya untuk membolehkan dia keluar dari situ,’’ katanya yang enggan namanya didedahkan.

Wanita itu berkata, dia kemudiannya berlari sambil menjerit, namun kembali semula ke kubur itu untuk memeriksa keadaan kubur berkenaan.

Selepas mendapati mayat itu adalah seorang manusia yang masih hidup, dia bertindak memanggil ambulans.

Pada mulanya, kata wanita itu, polis tidak percaya akan laporan yang dibuatnya dan dia dituduh membuang masa mereka dengan membuat lawak bodoh.

“Polis berulang kali bertanya pada saya adakah saya serius dan adakah ini satu jenaka,’’ katanya.

Selepas gagal meyakinkan pihak polis, dia kemudiannya meminta penjaga kubur supaya memberitahu polis bahawa laporan yang dibuatnya itu adalah betul.

Susulan itu, pasukan menyelamat digegaskan ke situ dan mereka menyelamatkan lelaki itu yang sebahagian besar badannya sudah tertanam dalam tanah.

Mangsa kelihatan tidak bermaya namun masih bernafas.

Polis percaya lelaki itu mangsa dalam satu pergaduhan sebelum penyerangnya mencampakkannya dalam lubang kubur yang kosong kerana menyangka dia sudah mati.

Dia bagaimanapun bernasib baik kerana penyerang tidak sempat menimbun habis tanah di kubur berkenaan. – Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge