Gempar! Mayat 2 Lelaki Ditemui Dalam Kereta

mayat.jpg

Gempar! Mayat 2 Lelaki Ditemui Dalam Kereta | JOHOR BAHRU – Dua lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh di dalam sebuah kereta berhampiran susur keluar Plaza Tol Senai Utara, dekat Kulaijaya, hari ini.

Mayat S.Visvanathan, 48, yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dan M.Kalaiselvan Mudaliar, 38, dari Kuala Lumpur, ditemui dalam kereta Perodua Myvi berwarna merah pada pukul 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya berkata terdapat kesan-kesan lebam pada badan kedua-dua mereka, dipercayai akibat dipukul.

“Mayat Visvanathan ditemui di kerusi penumpang depan manakala mayat Kalaiselvan Mudaliar ditemui pada kerusi belakang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zulkefly berkata polis percaya mereka diserang di kawasan lain sebelum mayat bersama kenderaan yang didaftar atas nama seorang individu beralamat di Seremban itu ditinggalkan kira-kira 300 meter dari plaza tol berkenaan.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk bedah siasat, katanya.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi polis di talian 07-2212999 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – Bernama

Sinar Harian

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

4 thoughts on “Gempar! Mayat 2 Lelaki Ditemui Dalam Kereta”

  1. semakin teruk ke jenayah sekarang

  2. kes bunuh dah macam cerita wajib setiap hari kat Malaysia ni. Aduhai… nak kata malaysia masih aman pun macam was was.. aman tanpa perang bukan aman tanpa jenayah. Semoga kita dijauhkan malapetaka macam ni. Semoga Allah mematikan kita dalam keadaan yang baik
    lekatlekitgurl recently posted…JOM BACA ENTRI LUCAH KAT BLOG NI RAMAI RAMAIMy Profile

  3. JOBS VIEW says:

    Aduhhh..Takutnya sekarang. Kes bunuh semakin menjadi2.
    JOBS VIEW recently posted…Job Opportunities with Hong Leong Bank Berhad [UPDATE 20OCT2013]My Profile

  4. omg says:

    ini semua akibat kos sara hidup yang semakin tinggi! hidup semakin tertekan dan manusia sanggup buat apa sahaja… terjadilah kes samun , bunuh dsb…..!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge