Fuh Ngeri!! Lelaki Maut Tertembak Kepala Sendiri

Fuh Ngeri!! Lelaki Maut Tertembak Kepala Sendiri. Seorang bekas peniaga ikan arowana maut apabila tertembak dirinya sendiri di sebuah tokong

Fuh Ngeri!! Lelaki Maut Tertembak Kepala Sendiri | GEORGETOWN – Seorang bekas peniaga ikan arowana maut apabila tertembak dirinya sendiri di sebuah tokong di bawah sebuah flat di Jalan Perak petang semalam.

Mangsa, Goh Kim Leong, 50, dikatakan mengamuk sebelum tertembak belakang kepalanya sebelah kanan dan maut serta merta di tempat kejadian.

Fuh Ngeri!! Lelaki Maut Tertembak Kepala Sendiri. Seorang bekas peniaga ikan arowana maut apabila tertembak dirinya sendiri di sebuah tokong

Mangsa

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.10 petang.

Mangsa yang berasal dari Balik Pulau dan tinggal di Batu Lanchang itu meminta anaknya yang berusia 22 tahun menghantarnya ke tokong berkenaan.

“Dari keterangan awal saksi, mangsa yang baru sampai di tokong berkenaan didapati dalam keadaan marah-marah dan mengamuk. Mangsa kemudian meminta empat lelaki yang berada di dalam tokong ketika itu supaya beredar.

“Menyedari mangsa mempunyai senjata, tiga daripada lelaki berkenaan lari menyelamatkan diri manakala seorang lagi tidak sempat berbuat demikian,” katanya kepada media di tempat kejadian semalam.

Menurutnya, selang beberapa minit kemudian, mereka terdengar bunyi tembakan dan mangsa rebah di dalam tokong berkenaan.

“Hasil siasatan, kita menjumpai sepucuk pistol semi automatik, sebutir peluru dalam kelopak peluru berukuran 9 milimeter (mm), sebutir peluru lagi dalam pistol dan satu kelongsong peluru jenis sama di tempat kejadian.

“Siasatan awal, kita klasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Kita juga dibantu Jabatan Forensik dan Patalogi Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menjalankan siasatan di tempat kejadian. Setakat ini, punca kejadian masih disiasat,” katanya.

Mazlan berkata, keempat-empat saksi mengenali mangsa kerana pernah tinggal di situ dan mereka dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan.

“Kes ini disiasat bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api kerana memiliki pistol dan Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana membunuh diri,” katanya.

Difahamkan, mangsa mempunyai dua isteri yang mana isteri pertamanya tinggal di flat yang terletak di tokong berkenaan.

Mangsa mempunyai empat anak bersama isteri pertamanya manakala seorang dengan isteri kedua. – SH

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments