Masjid Berbentuk Pelik Dan Nama Pelik Ada Di Turki

Masjid Berbentuk Pelik Dan Nama Pelik Ada Di Turki

Masjid Berbentuk Pelik Dan Nama Pelik Ada Di Turki | Mungkin kita tak percaya jika tidak melihat faktanya. Seorang yang tidak kaya, bahkan tergolong miskin, namun mampu membina sebuah Masjid di Turki. Nama masjidnya pun paling aneh di dunia, iaitu “Sanki Yedim Camii” (Masjid Anggap Saja Sudah Makan). Sangat aneh kan? Disebalik Masjid yang namanya paling aneh tersebut ada cerita yang sangat menarik dan memberi pengajaran yang sangat berharga bagi kita.

Ceritanya begini, di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggir bandar Istanbul ada seorang yang warak ‘dan sangat sederhana, namanya sakir efendi’ (Khairuddin Afandi). Setiap kali ke pasar ia tidak membeli apa-apa. Saat merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti, daging atau manisan, ia berkata pada dirinya: Anggap saja sudah makan yang dalam bahasa Turkinya “Sanki Yedim”.

Masjid Berbentuk Pelik Dan Nama Pelik Ada Di Turki2

Apa yang dia lakukan selepas itu? Wang yang seharusnya digunakan untuk membeli keperluan makanannya itu dimasukkan ke dalan kotak (tromol) … Begitulah yang dia lakukan setiap bulan dan sepanjang tahun. Ia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan belanja kecuali sebatas menjaga kelangsungan hidupnya saja.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi konsisten dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya membina sebuah masjid. Tanpa terasa, akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membina sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuknya pun sangat sederhana, sebuah pagar persegi empat, ditandakan dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, sedangkan di sebelah arah kiblat ditengahnya dibuat seperti mihrab.

Masjid Sanki Yedim dibina di pinggirian bandar Istanbul Turki

Masjid Berbentuk Pelik Dan Nama Pelik Ada Di Turki3Akhirnya, Khairuddin berjaya mewujudkan cita-citanya yang amat mulia itu dan masyarakat di sekitarnya pun kehairanan, Khairuddin yang miskin itu di dalam dirinya tertanam sebuah cita-cita mulia, yakni membina sebuah masjid dan berjaya dia wujudkan. Tidak bayak orang yang menyangka bahawa Khairuddin ternyata orang yang sangat luar biasa dan banyak orang yang kaya yang tidak boleh berbuat kebaikan seperti Khairuddin Afandi.

Setelah masjid tersebut berdiri,mereka bertanya bagaimana ceritana soerang yang miskin boleh membangunkan masjid. Setelah mereka mendengar cerita yang sangat menakjubkan itu, mereka pun sepakat memberi namanya dengan: “Shanke yadem” (Angap Saja Saya Sudah Makan).

sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments