Mashaa Allah! Budak Sekolah Dirogol Selepas Dipaksa Minum Arak

budak-sekolah-dirogol.jpg

Budak Sekolah Dirogol Selepas Dipaksa Minum Arak | Mashaa Allah. Saban hari kita dikejutkan dengan berbagai-bagai berita jenayah. Tak usah kata negara luar la, di Malaysia sudah cukup membimbangkan kita. Pelbagai jenayah tidak mengira jenis dilaporkan berlaku setiap hari. Nak salahkan siapa? Undang-undang di Malaysia dah cukup ketat dan dah cukup buat orang takut untuk melakukan jenayah?? Fikirkan sekali lagi. Dr Fuh ada terbaca berita jenayah dari akhbar Sinar Harian dimana seorang budak sekolah dirogol selepas dipaksa minum arak. Jom baca kisah penuh.

Seorang pelajar tingkatan dua bukan saja dipaksa meneguk minuman keras, malah dirogol seorang lelaki dan dicabul seorang lagi rakannya dalam kejadian di sebuah rumah di daerah ini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek masing-masing berusia 21 tahun itu dikatakan menodai pelajar perempuan berusia 14 tahun itu selepas mendapati mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mangsa yang berasal dari Ampang itu dipercayai mengikuti kedua ibu bapanya pulang ke kampung untuk menghadiri majlis kenduri.

Kejadian itu dipercayai berlaku, sewaktu ibu mangsa menyuruh mangsa bersama seorang sepupu lelakinya berusia 13 tahun itu menghantar lauk kenduri di rumah jiran, bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kedua ibu bapa mangsa yang bimbang anaknya tidak pulang ke rumah bertindak mencari mangsa di rumah jiran bersama suaminya dan menemui sebuah motosikal yang digunakan anaknya itu.

“Ibu bapa mangsa memaklumkan kejadian itu kepada orang kampung dan seorang daripada mereka memberitahu ternampak kelibat tiga lelaki membawa anak dan anak saudaranya itu menaiki sebuah kereta,” katanya.

Noor Mushar berkata, setelah puas mencari selama dua jam akhirnya penduduk kampung menemui sebuah kereta yang dipercayai digunakan suspek untuk membawa kedua-dua sepupu berkenaan.

“Sebaik saja masuk ke dalam rumah terbabit, ibu bapa mangsa terkejut apabila mendapati anaknya tidur dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah bilik bersama tiga lelaki terbabit sementara sepupunya itu berada di depan ruang tamu rumah.

“Ibu mangsa yang melihat keadaan itu segera mengejutkan anaknya dan mangsa telah membuat pengakuan seorang daripada suspek bertindak merogolnya dan memaksanya mengambil minuman keras,” katanya.

Beliau berkata, ibu mangsa yang berang dengan perbuatan durjana suspek telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. – Sinar Harian

Dr Fuh –  Semoga Allah melindungi kita daripada perkara-perkara sebegini dan sama-sama kita berdoa agar negara kita lebih aman dan harmoni. Semoga pemimpin negara kita juga terbuka pinta hati untuk melaksanakan hukum Allah, hukum HUDUD!

*Ilustrasi sekadar hiasan

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

11 thoughts on “Mashaa Allah! Budak Sekolah Dirogol Selepas Dipaksa Minum Arak”

  1. onlajer says:

    Jadi nya bilakah hudud akan dikuatkuasa di negara kita ini , bagi mengelakan kejadian seperti ini beulang – ulang lagi?
    onlajer recently posted…Tak Terkalah JuneMy Profile

    1. kucinghitam says:

      tu la kalo pi makkah kedai emas tu tingal xda org pun xda pencuri
      kucinghitam recently posted…Rumah Khairy Jamaluddin kene rompakMy Profile

  2. Dkna Abza says:

    ermmm…agaknya 10 tahun lagi makin teruk jadinya
    Dkna Abza recently posted…Pilihan Pelamin English StyleMy Profile

    1. kucinghitam says:

      xpyh tgu 10thn la sat ja dah nak jadi
      kucinghitam recently posted…Rumah Khairy Jamaluddin kene rompakMy Profile

  3. kalau ada hukum hudud. dah mampos semua jantan bangang tu. babi sial, keras kote sgt ko pergi la langgang pelacur, kena hiv biar mampos terus.
    Carlos Santiago recently posted…BAN AsyikAhhh – Bantal Yang Membuatkan Anda Gersang Tertido.My Profile

    1. kucinghitam says:

      hahaha 18sx hahaha
      kucinghitam recently posted…Rumah Khairy Jamaluddin kene rompakMy Profile

    2. RealMan says:

      negeri Arab ada hudud, org2 mereka suka yg luar tabii laks kerana nak jaga perawan mereka katanya.

  4. kucinghitam says:

    sbb xda duit la tu pi rogol org tu hmmm
    kucinghitam recently posted…Rumah Khairy Jamaluddin kene rompakMy Profile

  5. casque beats by dre Les Maldivais avaient demand la protection de Dupleix et Leyrit leur avait envoy en 1756 un petit dtachement sous les ordres d

  6. I have got discover several great stuff here. Definitely well worth social bookmarking with regard to returning to. I wonder the amount of endeavor you’d put to really make the kind of great useful website.

  7. zyra roxx says:

    huhuhu dabel trabel
    zyra roxx recently posted…Beri Baju Terus Clash?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge