Malaysia Vs Indonesia Separuh Akhir Sukan SEA 2013

malaysia-vs-indonesia-sukan-sea-2013.jpg

Live Streaming Malaysia Vs Indonesia Separuh Akhir Sukan SEA 2013 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang dihormati dan dikasihi sekalian. Setelah menunjukkan aksi cemerlang dalam saingan peringkat kumpulan dan juga peringkat suku akhir Sukan Sea 2013, anak buah Ong Kim Swee akhirnya berjaya melangkah ke peringkat Separuh Akhir Sukan Malaysia Vs Indonesia SEA 2013.

Pada malam ini, Malaysia akan turun menentang pasukan Indonesia yang dianggap sebagai musuh tradisi dalam saingan Bola Sepak. Pasukan Malaysia sudah semestinya akan menurunkan kesebelasan terbaik bagi menentang pasukan Indonesia untuk melayakkan diri ke peringkat Akhir Bola Sepak Sukan Sea 2013 dan juga akan bertungkus lumus untuk menambah kutipan pingat emas Kontijen Malaysia.

Malaysia Vs Indonesia Separuh Akhir Sukan SEA 2013

Melalui prestasi semasa pasukan Malaysia, dilihat anak buah Ong Kim Swee ini mempunyai peluang cerah untuk ke peringkat akhir sekiranya mereka konsisten dengan corak permainan kemas dan bekerja lebih keras untuk menjaringkan gol awal. Walaubagaimana pun, pasukan Indonesia tidak seharusnya dipandang rendah kerana mereka mempunyai beberapa tonggak berbisa dan mampu melakukan kejutan.

Live Streaming Malaysia Vs Indonesia Separuh Akhir Sukan SEA 2013

Tonton Live Streaming Disini —-> http://pencurimovie.cc/?p=4313

Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Zheyar Thiri, Myanmar dijanga bermula pada jam 5.30 petang waktu Malaysia. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung melalui saluran Asto Arena 801, RTM TV1 dan juga TV9. Live Streaming juga boleh dilihat melalui Astro On The Go atau mana-mana website yang menyediakan siaran Live Streaming Malaysia Vs Indonesia Separuh Akhir Sukan SEA 2013 petang nanti.

Sama-sama kita mendoakan agar pasukan Malaysia memenangi perlawanan pata petang ini sekaligus layak ke perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2013 kelak. Majulah Sukan Untuk Negara!!

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

2 thoughts on “Malaysia Vs Indonesia Separuh Akhir Sukan SEA 2013”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge