Malang Tidak Berbau – Maut Dihempap Pokok Petai

malang-tidak-berbau.jpg

Malang Tidak Berbau – Maut Dihempap Pokok Petai | Benarlah kata orang tua-tua, malang tidak berbau. Kalau dah tertulis pada waktu dan ketika itu, maka Allah akan menghantar Malaikat Izrail mencabut nyawa tidak kira dimana kita berada dan apa yang kita sedang lakukan tepat pada waktunya. Inilah kisah seorang penunggang motosikal yang maut dihempap pokok petai.

KOTA TINGGI – Seorang penunggang motosikal maut dihempap sebatang pokok petai dalam kejadian di Kilometer 26.2 Jalan Johor Baharu-Mersing berhampiran Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada) hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Mohd Noor Rasid berkata dalam insiden pada 2.05 petang itu, Mohd Faizul [email protected], 38, dari Kampung Lukut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Ketika kejadian, Mohd Faizul yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dari arah Johor Baharu ke Kota Tinggi,” katanya.

Beliau berkata pokok petai berkenaan turut menghempap sebuah lori yang lalum di jalan sama, bagaimanapun, pemandunya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mohd Noor berkata jenazah Mohd Faizul dibawa ke Hospital Kota Tinggi sebelum dituntut warisnya untuk dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lukut malam ini.

Sementara itu, isteri Mohd Faizul, Zaradian Zakaria, 32, yang ditemui di Unit Forensik hospital berkenaan berkata suaminya kelihatan ceria ketika hendak keluar bekerja pagi tadi.

Mohd Faizul meninggalkan tiga anak, Nurin Irdina, 7, Mohd Naqiuddin, 6, dan Nabila Husna, 15 bulan. – Bernama

Sinar

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

5 thoughts on “Malang Tidak Berbau – Maut Dihempap Pokok Petai”

  1. kucinghitam says:

    feveret nie klo buat masak sambal petai hehe
    kucinghitam recently posted…LANA NORDIN NAFI KENA TANGKAP TAK PUASAMy Profile

    1. Mawardiyunus says:

      eh tetiba komen cam x masuk je ngn entry hahahahaha
      Mawardiyunus recently posted…Keluarga Blogger Senget | Menonton Despicable Me 2 Di Alamanda, PutrajayaMy Profile

  2. Zuan says:

    Al-fatihah..

    p.s yang gambar atas tu gambar pokok petai ke? 1st time tengok
    Zuan recently posted…Aku Kuat MerengekMy Profile

  3. vcore says:

    al-fatihah buat beliau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge