Malam Pertama Perkahwinan, Kanak-kanak Perempuan Mati!

Malam Pertama Perkahwinan, Kanak-kanak Perempuan Mati!

Malam Pertama Perkahwinan, Kanak-kanak Perempuan Mati! | SANAA, YAMAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun meninggal dunia akibat pendarahan dalaman pada malam pertama perkahwinannya, dengan seorang lelaki lima kali umurnya.

Arwa Othman, ketua Dewan Rakyat Yaman dan aktivis hak asasi terkemuka berkata, kanak-kanak itu yang hanya dikenali sebagai Rawan , telah berkahwin dengan seorang lelaki berumur 40 tahun lewat minggu lalu di bandar Meedi di wilayah Hajjah di barat laut Yaman.

“Pada malam perkahwinan dan selepas melakukan hubungan seks, dia mengalami pendarahan dan pecah rahim yang menyebabkan punca kematiannya ,” katanya kepada Reuters.

“Mereka membawanya ke klinik tetapi doktor tidak dapat menyelamatkannya,” katanya lagi pada laporan Reuters.

Arwa berkata, pihak berkuasa tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap keluarga gadis itu atau suaminya.

Seorang pegawai keselamatan tempatan di bandar wilayah Haradh menafikan kejadian tersebut. Dia tidak mahu dikenali kerana dia tidak diberi kuasa untuk bercakap dengan akhbar.

Tetapi dua penduduk Meedi dihubungi oleh Reuters mengesahkan kejadian itu dan berkata, ketua-ketua puak tempatan telah cuba untuk menutup kejadian itu apabila berita itu tersebar.

Banyak keluarga miskin di Yaman mengahwinkan anak-anak perempuan kecil untuk menjimatkan kos membesarkan kanak-kanak dan bagi mendapat wang tambahan dari mas kahwin yang diberikan kepada gadis itu.

Satu laporan PBB yang dikeluarkan Januari lalu  mendedahkan tahap kemiskinan di negara itu , menyatakan bahawa 10.5 juta daripada 24 juta orang Yaman kekurangan bekalan makanan yang mencukupi, dan 13 juta tidak mempunyai akses kepada air bersih dan kebersihan asas.

Human Rights Watch (HRW) pada Disember 2011 menggesa kerajaan Yaman mengharamkan perkahwinan kanak-kanak perempuan di bawah umur 18 tahun.

Memetik Bangsa-Bangsa Bersatu dan data kerajaan, HRW berkata, hampir 14 peratus daripada kanak-kanak perempuan Yaman telah berkahwin sebelum umur 15 dan 52 peratus sebelum umur 18 tahun.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.

Comments

comments

13 thoughts on “Malam Pertama Perkahwinan, Kanak-kanak Perempuan Mati!”

  1. cik Ain says:

    kesian budak ni.. umur 8tahun dah kawin.. tolong la fikir rasional ckit.. geram nye laaa…

  2. vcore says:

    kesian budak nih…..

  3. Nasib baik bkn kat Malaysia.. 🙂
    Aniqbukhary32 recently posted…Photographer part time dan aiskrim drumstick?My Profile

  4. beauty lover says:

    Ya Allah… macam dah jual anak pon ade… nauzubillah =( kesian adik tu..
    beauty lover recently posted…Hukum pakai telekung berwarna..My Profile

  5. Atira Elyana says:

    Toooolooollll,bdak xtau pe2,keparat orang tua 2,gila sex…eeeee gerammmm.

  6. Fantastic web site. A lot of useful details listed here. I’m just submitting the idea to 3 friends ans furthermore expressing throughout yummy. And positively, thanks for your energy!

  7. zali shafie says:

    orang Yaman memang tak de otak ke tau tk de pelajaran langsung ni… tu le sebab nya negara nya dok asyik kucar kacir aje tk pernah yg aman… negara Yahudi ke Yaman ni kan… babi haram jadah betul…

  8. EB says:

    Laporan ini kononnya dinafikan oleh akhbar Yamen, agaknya akhbar Yamen tu sengaja nak tutup kes ini sampai bersumpah sanggup membuat testimoni kat mahkamah..
    http://www.sunnewsnetwork.ca/sunnews/world/archives/2013/09/20130910-103303.html

  9. mawardiyunus says:

    hmmm melampau giler suami dia dh tahu bdak tu kecik lg kot

  10. aswad says:

    nak kena sebat pak arab ni….kurang ajar sungguh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge