Makanan Yang Dapat Menurunkan Kolestrol

kolestrol.jpg

Makanan Yang Dapat Menurunkan Kolestrol | Kebanyakan dari kita mungkin lebih tahu berkenaan makanan yang boleh meningkatkan kolestrol dalam badan walaupun kita tetap memakannya. Tapi pernahkah kita ambil tahu berkenaan makanan-makanan yang boleh menurunkan kolestrol dalam badan? Ya, terdapat banyak makanan yang enak yang sebenarnya dapat mengurangkan kolestrol dalam badan kita. So harini Dr Fuh nak share dengan anda semua berkenaan Makanan Yang Dapat Menurunkan Kolestrol.

Makanan Yang Dapat Menurunkan Kolestrol

1. SOYA – Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan soya. Ia boleh menghidarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya dengan kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI – Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL, sekaligus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING – Limau kering paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL – Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang mengambil makanan segera dan kemudian memakan epal dan meminum jusnya, boleh mengimbangkan kandungan zat dan mencegah berlakunya lemak dalam badan.

5. IKAN TUNA – Ianya termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salamon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH – Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA – Mangga mengandungi Vitamin C seperti juga belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Ia berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.

8. KISMIS – Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Jika anda mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari, ia boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

9. OAT – Pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat dan mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol anda.

10. JAMBU BATU – Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan. Anda disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama 4 minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai.

Dr Fuh – Haa, dah tahu apa lagi, jom kita amalkan pemakanan yang sihat dan yang paling penting jom kita kurangkan kolestrol dalam badan kita dengan memakan makanan berkhasiat seperti yang Dr Fuh kongsikan diatas. Selamat beramal 😀

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

2 thoughts on “Makanan Yang Dapat Menurunkan Kolestrol”

  1. kuaci kalau asyik kunyah memang boleh kenyang.. tp hamster makan kuaci apsal gemuk2 belaka. kekekeke
    lekatlekitgurl recently posted…MAKCIK TAKUT LEMBU KORBAN TAK KENAL DIA KAT PADANG MASYARMy Profile

  2. Farha says:

    Info yang best.

    TQ.

    makan di atas semua nya sedap2 belaka. yang semula jadi itu lebih baik untuk menghalang kolestrol

    IbuCergas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge