Majlis Perkahwinan Pelakon Veteran Mak Mah & Suami

makmah

Majlis Perkahwinan Pelakon Veteran Mak Mah & Suami | Jutaan tahniah diucapkan kepada Mak Mah, atau nama penuhnya Ruminah Sidek kerana telah bergelar isteri kepada Al Fatah Rahim Ismail (70 tahun) dengan sekali lafaz di dalam satu majlis kira-kira jam 9.20 pagi hari ini. Majlis pernikahan telah berlangsung di rumah abang ipar Mak Mah di Klang. Mak Mah (68 tahun) menerima mas kahwin sebanyak RM300, tanpa wang hantaran.

Majlis persandingan turut diadakan selepas pernikahan selesai dengan lebih kurang 300 tetamu telah hadir untuk memeriahkan lagi majlis. Untuk makluman, Mak Mah pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai 6 orang anak, 20 orang cucu dan 6 orang cicit. Tahniah diucapkan buat Mak Mah dan suami atas perkahwinan ini. Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments