Lumpuh Tapi Mampu Bekerja Menggunakan Teknologi

Lumpuh Tapi Mampu Bekerja Menggunakan Teknologi

Lumpuh Tapi Mampu Bekerja Menggunakan Teknologi | Kecacatan tidak menghalang seorang untuk berjaya. Usaha tangga kejayaan. Itu yang dapat Fyna katakan. Terkedu apabila melihat semangat Yan Ching Hong tersebut. Tiada yang tidak mustahilkan. Jom kita baca kisah Yan Ching Hong dan kehidupan yang dilaluinya.

Seorang lelaki yang berusia 32 tahun yang lumpuh seluruh anggota badannya masih lagi bersemangat untuk meneruskan hidupnya walaupun tidak mampu bergerak seperti manusia normal.

Setiap hari Yan Ching Hong pastinya akan sibuk dengan rutin kerjanya yang sentiasa perlu mengadap komputer.

Antara kerjanya adalah berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan-rakannya di laman sosial, Facebook.

Uniknya, dia melakukan kerjanya itu dengan hanya menggunakan mulutnya sahaja.

Walaupun bekerja dengan menggunakan mulutnya, Yan masih lagi mampu mendapatkan wang demi menyara kehidupannya sendiri.

Sejarah hidup Yan berbeza dengan kehidupan yang dialaminya ketika ini.

Pada 14 tahun yang lepas, Yan adalah lelaki normal yang mampu berjalan dan bergerak ke mana sahaja.

Tetapi, dia telah mengalami kerosakan saraf tunjang dan tulang belakangnya hingga menyebabkan dia lumpuh seumur hidup.

Pada ketika tidak dapat menerima takdir hidupnya dan mengalami tekanan yang teruk, Yan pernah menyarankan ibunya supaya nyawanya ‘dihentikan.’

Namun, hidupnya berubah serta-merta apabila Professor Luo Ching Hsing di Center of Advanced Biomedical Systems, Department of Electrical Engineering, Taiwan’s National Cheng Kung University menawarkan satu projek kepada Yan.

Luo telah mencipa satu alat berbentuk puting bayi yang mampu melakukan pelbagai gerakan di dalam komputer asalkan ia digerakkan menggunakan mulut.

Jadi, sejak menjadi bahan uji kaji Luo, Yan telah berjaya memahirkan dirinya menggunakan alat itu dengan menggunakan puting yang secara tidak langsung dapat menaip papan kekunci dengan kod Morse yang telah dijadualkan oleh Luo.

SUMBER

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments