Lucut Kewarganegaraan Hukuman Paling Setimpal Kepada Alvin Dan Vivian

kes-alvin-dan-vivian.jpg

Lucut Kewarganegaraan Hukuman Paling Setimpal Kepada Alvin Dan Vivian | Woww. Nampaknya masih belum reda isu pasangan blogger lucah alvin tan dan vivian lee persenda Ramadhan ni. Kali ini beberapa badan NGO pula tampil membuat laporan Polis dan mendesak agar pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang dipenjarakan semalam dikenakan hukuman setimpal iaitu lucut taraf kewarganegaraan. Baca laporan penuh yang dipetik dari Sinar Harian

Lucut Kewarganegaraan Hukuman Paling Setimpal Kepada Alvin Dan Vivian

KUANTAN – Tindakan melucutkan taraf kewarganegaraan adalah paling layak dikenakan terhadap pasangan blogger kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee kerana sewenang-wenangnya menghina agama Islam.

Itu gesaan beberapa NGO termasuk Persatuan Bekas Polis Malaysia Kuantan, Pertubuhan Pribumi Perkasa Pahang, Persatuan Anak Muda Pahang dan Veteran Polis Malaysia Kuantan yang membuat laporan di Balai Polis Daerah Kuantan, di sini, semalam.

Ketua Penerangan Pribumi Perkasa Pahang, Muhammad Faiz Hashim berkata, tindakan melucutkan taraf kewarganegaraan adalah paling setimpal dikenakan kepada pasangan itu supaya ia menjadi pengajaran.

Menurutnya, kerajaan tidak boleh berdolak-dalik dan sekadar memberi amaran kerana perbuatan itu telah menyentuh sensitiviti agama.

“Perkara ini bukan soal politik tetapi membabitkan kesucian Islam dan semua pihak perlu bersatu hati.

“Polis dan kerajaan harus ambil tindakan berat supaya kes sebegini tidak berulang. Tidak memadai sekadar memohon maaf dan kami sebagai masyarakat Malaysia tidak akan terima,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Anak Muda Timur Pahang, Ahmad Adzwan Abdullah.

Sementara itu, Setiausaha Bekas Polis Malaysia Cawangan Kuantan, Rafai Abd Kadir berkata, perbuatan pasangan berkenaan boleh menimbulkan huru-hara dan tindakan tegas harus diambil.

“Kami desak polis, Kementerian Dalam Negeri (KDN) ambil tindakan sewajarnya kerana mereka tahu perbuatan itu sesuatu yang melampau,” katanya. – Sinar Harian

Dr Fuh – Bagaimana pula dengan situasi dimana umat Islam sendiri yang hina Islam dan mempersenda Ramadhan sama ada secara sedar mahupun tidak sedar? Contohnya pertunjukan fesyen yang mendedahkan aurat dibulan yang mulia ini, menolak hukum hudud secara terang-terang, ditangkap tidak berpuasa dengan sengaja. Bukankah itu juga diklasifikasikan sebagai menghina Islam dan mempersendakan Ramadhan? Apa pula tindakan kepada mereka?

Wallahualam

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

5 thoughts on “Lucut Kewarganegaraan Hukuman Paling Setimpal Kepada Alvin Dan Vivian”

  1. Andre Irwan says:

    Nampaknya ramailah orang Islam kena dilucutkan keIslamannya kerana menghina Islam. Bila lagi puak ni nak menghukum puak depa yang menghina Islam tu? Yang haram dijadikan Halal bukankah menghina Islam? Bersalaman antara lelaki dan perempuan muhrim bukankah HARAM tapi digalakkan oleh UMNO, termasuklah puak yang komplen tu.
    Untuk maklum tuan-tuan sekalian, janganlah jadikan diri kita dinampak BODOH dan BANGANG. BAK KUT TEH tu bukannya bermakna DAGING BABI. BAK bermakna daging dan KUT bermakna tulang. Tak ada sekali pun bermakna daging BABI. Kebiasaannya Cina ni membuat BAK KUT TEH menggunakan daging dan tulang BABI. TAPI adakah itu satu kemestinya? Inilah kelemahan dalam pemikiran kita. Adat mengatasi logik. AKu pernah makan BAK KUT TEH di kedai sahabat Cina aku yang muslim. Dia buat BAK KUT TEH dengan menggunakan daging lembu. Yang Melayu dok makan daging merah tu tak HARAM pulak. Kan orang Cina buat daging merah bakar dengan menggunakan daging babi tapi yang Melayu ni menggunakan daging lembu.

  2. haiyoo, setimpal ke hukuman lucut kewarganegaraaan ni? rasenye mcm tak setimpal je.. p/s: bangla pun boleh dapat kewarganegaraan.. keh3..
    Longoi Dot Com recently posted…Struktur Kayu Rekaan Menakjubkan Terbesar Di DuniaMy Profile

  3. Atiqa anuar says:

    Suka kenyataan fuh yang akhir. betul. patutnya kena ambil tindakan yang sama 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge